Berita Berita
Dua kakitangan Farm Fresh terbabit dalam nahas helikopter di Filipina
KUALA LUMPUR 3 Mac – Seramai dua kakitangan Farm Fresh terlibat dalam kemalangan nahas helikopter jenis Bell 505 yang terhempas di Barangay Quisao, Pililla, Rizal, Filipina pada pagi tadi.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Farm Fresh, Azmi Zainal, ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.
“(Terdapat) dua kakitangan (Farm Fresh) terlibat dalam kemalangan berkenaan. Saya sedang berada di lapangan terbang menuju ke sana (Filipina) ketika ini,” katanya, hari ini.
Terdahulu, menurut laporan Manilastandard, dua individu maut manakala tiga lagi cedera selepas sebuah helikopter jenis Bell 505 terhempas di Barangay Quisao, Pililla, Rizal pada pagi tadi.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina (CAAP) memaklumkan helikopter yang membawa lima penumpang termasuk dua warga asing itu terhempas kira-kira pukul 7.20 pagi ketika dalam perjalanan dari Manila ke wilayah Quezon.
Datuk Bandar Pililla, John Masinsin berkata, seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital. Beliau mengesahkan salah seorang yang maut adalah warga asing.
Laporan AFP pula menyebut warga asing yang berada dalam helikopter tersebut adalah rakyat Malaysia.
Menurut laporan itu juga, Pegawai Polis Wilayah Rizal, Ramjae Pangga memberitahu AFP bahawa dua penumpang, masing-masing seorang rakyat Malaysia dan seorang rakyat Filipina, maut dalam nahas tersebut.
Berita berkaitan
September 15, 2026, 5:34 pm
JPJ beri amaran lori ‘makan’ lorong kanan, lebih 18,000 kenderaan sudah diambil tindakan
September 15, 2026, 4:01 pm
CCTV disambung terus ke IPK KL, polis cadang KK Mart jadi ‘stesen satelit’ 24 jam
September 15, 2026, 3:41 pm
Kes Jana Wibawa: Pendakwaan tak teruskan kes, Muhyiddin bebas empat pertuduhan RM200 juta
September 15, 2026, 1:47 pm
Empat Rohingya ditahan, disyaki terbabit kes curi dan pecah rumah di Perak
September 15, 2026, 1:33 pm
KPM galak ibu bapa bawa anak jalani saringan awal kesan masalah pembelajaran
September 15, 2026, 1:32 pm
Tiga hari penuh manfaat, Festival Mega i LINDUNG u menanti pengunjung di Strand Mall bermula 18 September
September 15, 2026, 1:17 pm
Mohamad Sabu hantar notis tuntutan kepada pemilik akaun Facebook isu bekalan baja Kedah
September 15, 2026, 1:11 pm
