Berita Berita
Kejut sahur hingga ganggu orang tidur bukan ajaran Islam
KUALA LUMPUR 3 Mac - Aktiviti kejut sahur menerusi perbuatan bergendang atau perkara yang boleh menganggu kenteraman awam tidak pernah disuruh dalam Islam.
Rektor Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ), Dr. Rozaimi Ramle berkata, tidak semua orang dianjurkan untuk bersahur.
"Ada perempuan yang haid, yang berada dalam keadaan yang nifas, ada kejiranan yang mempunyai bayi yang tidak disuruh untuk bangun bersahur.
"Jadi, kalau kita lakukan perkara ini (aktiviti bergendang), kita akan mengganggu mereka," katanya.
Menurut beliau, tindakan itu tidak disuruh dalam Islam apatah lagi boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap agama.
Rozaimi berkata, tiada masalah untuk kita azan lebih daripada sekali untuk mengejut orang sahur.
"Azan yang pertama sebelum Subuh bertujuan mengejut sahur manakala azan kedua itu dilaungkan pada waktu Subuh," katanya.
Menyifatkn budaya kejut sahur sesuatu yang tidak perlu digalakkan, Rozaimi berkata, Imam Ibnul Jauzi pernah mengkritik perempuan membaca al-Quran di menara tinggi kerana menimbulkan gangguan Ketika orang sedang tidur.
Beliau juga berharap agar rakyat Malaysia semua bersatu hati untuk tidak melakukan atau mengembangkan aktiviti itu di dalam negara.
Berita berkaitan
September 15, 2026, 4:01 pm
CCTV disambung terus ke IPK KL, polis cadang KK Mart jadi ‘stesen satelit’ 24 jam
September 15, 2026, 3:41 pm
Kes Jana Wibawa: Pendakwaan tak teruskan kes, Muhyiddin bebas empat pertuduhan RM200 juta
September 15, 2026, 1:47 pm
Empat Rohingya ditahan, disyaki terbabit kes curi dan pecah rumah di Perak
September 15, 2026, 1:33 pm
KPM galak ibu bapa bawa anak jalani saringan awal kesan masalah pembelajaran
September 15, 2026, 1:32 pm
Tiga hari penuh manfaat, Festival Mega i LINDUNG u menanti pengunjung di Strand Mall bermula 18 September
September 15, 2026, 1:17 pm
Mohamad Sabu hantar notis tuntutan kepada pemilik akaun Facebook isu bekalan baja Kedah
September 15, 2026, 1:11 pm
JAIM siasat klip video tular pasangan berpelukan mesra di kedai makan Malim Jaya
September 15, 2026, 1:10 pm
