Berita Berita
Bau busuk bongkar penemuan dua beranak maut di Teluk Kumbar
BAYAN LEPAS 4 Mac – Bau busuk yang dihidu jiran dari sebuah rumah di pangsapuri di Teluk Kumbar membawa kepada penemuan dua mayat membabitkan seorang ibu warga emas dan anak lelakinya, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.17 malam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan daripada pihak polis bagi membantu membuka pintu rumah yang berkunci dari dalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, polis menerima aduan jiran yang terhidu bau kurang menyenangkan dari kediaman berkenaan sebelum bantuan bomba dipanggil.
Menurutnya, sepasukan enam anggota termasuk seorang penyelia digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira sembilan kilometer dari balai bomba.
“Pasukan keluaran operasi yang tiba pada jam 8.32 malam menjalankan kerja membuka pintu menggunakan peralatan khas dengan bantuan polis.
“Selepas pintu berjaya dibuka, dua mangsa ditemukan tidak sedarkan diri masing-masing di ruang tamu dan bilik tidur,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kedua-dua mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Mangsa dikenal pasti sebagai Lee Tet Khim, 72, dan Lam Tong Hoong, 39.
Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 8.55 malam.
Berita berkaitan
September 15, 2026, 4:01 pm
CCTV disambung terus ke IPK KL, polis cadang KK Mart jadi ‘stesen satelit’ 24 jam
September 15, 2026, 3:41 pm
Kes Jana Wibawa: Pendakwaan tak teruskan kes, Muhyiddin bebas empat pertuduhan RM200 juta
September 15, 2026, 1:47 pm
Empat Rohingya ditahan, disyaki terbabit kes curi dan pecah rumah di Perak
September 15, 2026, 1:33 pm
KPM galak ibu bapa bawa anak jalani saringan awal kesan masalah pembelajaran
September 15, 2026, 1:32 pm
Tiga hari penuh manfaat, Festival Mega i LINDUNG u menanti pengunjung di Strand Mall bermula 18 September
September 15, 2026, 1:17 pm
Mohamad Sabu hantar notis tuntutan kepada pemilik akaun Facebook isu bekalan baja Kedah
September 15, 2026, 1:11 pm
JAIM siasat klip video tular pasangan berpelukan mesra di kedai makan Malim Jaya
September 15, 2026, 1:10 pm
