Berita Berita
Anwar tarik balik rayuan termasuk imuniti Perdana Menteri, diperintah bayar kos RM50,000
PUTRAJAYA 4 Mac – Anwar Ibrahim menarik balik rayuan untuk merujuk lapan persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan, termasuk isu sama ada Perdana Menteri mempunyai imuniti daripada tindakan saman.
Rujukan persoalan undang-undang itu berkait dengan saman sivil yang difailkan bekas penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther berhubung satu insiden yang didakwa berlaku lapan tahun lalu, sebelum Anwar memegang jawatan Perdana Menteri.
Pada prosiding di Mahkamah Rayuan Malaysia hari ini, peguam Anwar, Sanjay Mohan memaklumkan pihaknya memohon untuk menarik balik rayuan berkenaan dan perkara itu telah dimaklumkan kepada pihak responden.
Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Wong Kian Kheong, bersama Datuk Azmi Ariffin dan Datuk Seri Latifah Mohd Tahar, kemudian membatalkan rayuan tersebut.
Panel turut memerintahkan Anwar membayar kos sebanyak RM50,000 kepada Muhammed Yusoff, yang perlu dijelaskan sebelum jam 5 petang pada 6 April ini.
Berita berkaitan
March 8, 2026, 2:57 pm
Mengingati MH370, 8 Mac, pencarian 12 tahun masih belum terjawab
March 8, 2026, 12:42 pm
Penumpang pikap maut dirempuh bas ekspres di Pekan
March 8, 2026, 12:28 pm
Suspek serang Zamri Vinoth direman 4 hari, polis buru beberapa individu lagi
March 8, 2026, 11:00 am
Jaga-jaga, JPJ guna dron ‘Zoom’ 200 kali kesan pesalah trafik hari raya ini
March 8, 2026, 9:58 am
PM ucap tahniah Speedy Tigers layak ke Piala Dunia 2026, Azizulhasni raih emas Keirin
March 8, 2026, 8:50 am
Aidilfitri jatuh pada Jumaat, 20 Mac di UAE, Ramadan cukup 30 hari
March 7, 2026, 11:34 pm
Dua pegawai kanan, seorang anggota polis antara enam ditahan kes samun berkumpulan di Gombak
March 7, 2026, 8:51 pm
'Jangan politikkan kes hina al-Quran, beri ruang mahkamah tentukan' – Sivakumar
March 7, 2026, 6:51 pm
