Berita Jenayah
Warga Korea dikehendaki kes penipuan RM9.4 juta ditahan di Horizon Hills
ISKANDAR PUTERI 9 April – Seorang lelaki warga Korea Selatan yang dikehendaki di negara asalnya kerana terlibat dalam kes penipuan bernilai RM9.4 juta (KRW 3.5 bilion), berjaya ditumpaskan dalam satu serbuan di sebuah kawasan elit di Horizon Hills, semalam.
Suspek berusia 49 tahun itu dikesan menjalani kehidupan mewah dan dipercayai berselindung di Malaysia menggunakan Pas Penggajian yang disyaki palsu bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, kegiatan lelaki itu terbongkar hasil risikan dan maklumat awam yang membawa kepada serbuan di kediaman tersebut.
"Semakan sistem mengesahkan lelaki berkenaan merupakan individu yang dikehendaki di Korea Selatan berkaitan kes penipuan besar-besaran. Ketika serbuan, suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Turut berada di rumah tersebut ialah isteri suspek, seorang warga China berusia 45 tahun, bersama dua anak lelaki mereka. Selain itu, pihak Imigresen turut menahan seorang wanita warga Filipina yang bekerja sebagai pembantu pembersihan harian kerana didapati tinggal lebih masa.
Mohd Rusdi menjelaskan bahawa suspek dan wanita warga Filipina tersebut kini direman selama 14 hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Kejayaan tangkapan ini membuktikan komitmen JIM dalam memastikan Malaysia tidak dijadikan transit atau tempat perlindungan bagi penjenayah antarabangsa yang cuba melarikan diri daripada tindakan undang-undang di negara asal mereka.
Berita berkaitan
May 8, 2026, 2:11 pm
Operasi bersepadu di Cyberjaya: 13 warga asing ditahan di Menara Paragon
May 8, 2026, 12:29 pm
Polis serbu gudang ganja di Sepang, rampasan bernilai RM4.8 juta
May 6, 2026, 11:22 am
Pasangan remaja ditahan susulan cubaan gugur kandungan, sembunyi janin dalam kereta
May 5, 2026, 11:08 am
Warga emas maut ditetak jiran, suspek ada rekod rawatan mental ditahan
May 4, 2026, 9:16 am
Hina Sultan Selangor: Lelaki ditahan di Bukit Mertajam
May 2, 2026, 6:01 pm
Kanak-kanak 10 tahun maut, pemandu Hilux positif ganja rempuh laluan bertentangan
May 2, 2026, 12:09 pm
Penuntut kolej maut dengan 61 kesan tikaman, empat suspek ditahan
April 28, 2026, 1:36 pm
