Berita Politik
Rafizi cabar PKR pecat dirinya, kecewa serangan 'sotong', 'pondan' seperti direstui Presiden parti
Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 10 April – Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan jawapan balas terperinci terhadap surat tunjuk sebab kedua daripada Lembaga Disiplin PKR yang turut mengandungi cabaran terbuka agar beliau dipecat sekiranya penjelasan tersebut dianggap melanggar perlembagaan parti.
Beliau menegaskan bahawa teguran mengenai budaya "bodek" dalam parti adalah konsisten disuarakan sejak sebelum Presiden memegang jawatan Perdana Menteri dan sewajarnya disambut dengan sikap tawadhu’ sebagai menghargai kesetiaan beliau selama berpuluh tahun.
Mengenai isu perhimpunan pula, beliau menafikan bertindak sebagai penganjur himpunan Sekretariat Tangkap Azam Baki sebaliknya menyifatkan kehadirannya sebagai perkara biasa sambil mempersoalkan tindakan Presiden menyambung kontrak Ketua Pesuruhjaya SPRM itu sebanyak tiga kali.
Rafizi turut meluahkan kekecewaan terhadap kegagalan kepimpinan tertinggi menyekat budaya maki hamun dan serangan peribadi seperti gelaran "sotong" serta "pondan" oleh pimpinan peringkat cabang yang didakwa seolah-olah mendapat restu daripada Presiden sendiri.
Beliau juga membangkitkan laporan media antarabangsa berhubung dakwaan penglibatan individu rapat dengan Presiden seperti Farhash Wafa Salvador dalam isu korporat NexG Berhad dan dakwaan rasuah RM9.5 juta melibatkan Ahli Parlimen R. Ramanan yang sehingga kini tidak disiasat.
Mengakhiri kenyataan tersebut, beliau menggesa Lembaga Disiplin segera membuat keputusan tanpa melengah-lengah lagi kerana rakyat sudah mual melihat kemelut dalaman tersebut dan mencabar parti untuk memecatnya bagi membuktikan PKR adalah sebuah organisasi yang normal.
Berita berkaitan
May 8, 2026, 11:53 am
'Rakyat akan undi siapa yang buat kerja, bukan lagi parti' – Mat Sabu
May 5, 2026, 11:58 am
PH, UMNO jumpa malam ini bincang tentang PRN, kemelut Negeri Sembilan
May 4, 2026, 6:18 pm
PRN Johor: PN sasar bertanding kesemua 56 kerusi, tidak tolak kerjasama dengan MUDA
May 3, 2026, 10:34 am
Ahmad Zahid bayangkan BN bertanding solo tanpa rakan gabungan pada PRU16
May 2, 2026, 6:06 pm
'Saya bukan budak catur sesiapa, saya budak UMNO' - Dr Akmal
May 2, 2026, 12:06 pm
UMNO rekod 13,954 ahli baharu melalui pendaftaran dalam talian
May 1, 2026, 2:02 pm
PN gesa kerajaan batal potongan peruntukan KKM dan KPT
April 28, 2026, 8:34 pm
