Berita Jenayah
Lelaki cedera ditetak abang kandung guna parang di Johol
SEREMBAN 10 April – Seorang lelaki berusia 27 tahun mengalami kecederaan selepas diserang dengan parang oleh abang kandungnya dalam satu pergelutan di sebuah rumah di Taman Air Mawang, Johol, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada jam 3.49 petang yang melibatkan mangsa dan suspek.
Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham mengenai urusan peribadi selepas mangsa pergi ke rumah seorang saudara mereka sebelum pertengkaran itu memuncak menjadi pergaduhan.
Abang mangsa kemudiannya datang ke rumah tersebut dengan membawa sebilah parang lalu menyerang mangsa sehingga berlaku pergelutan yang menyebabkan kedua-dua beradik itu mengalami kecederaan.
Mangsa yang mengalami kecederaan pada pergelangan tangan kiri kini dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, manakala abangnya yang hanya cedera ringan di tangan menerima rawatan sebagai pesakit luar.
Muhamad Mustafah mengesahkan suspek telah ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah atau pegawai penyiasat Inspektor Supiah Ishak.
Berita berkaitan
May 8, 2026, 2:11 pm
Operasi bersepadu di Cyberjaya: 13 warga asing ditahan di Menara Paragon
May 8, 2026, 12:29 pm
Polis serbu gudang ganja di Sepang, rampasan bernilai RM4.8 juta
May 6, 2026, 11:22 am
Pasangan remaja ditahan susulan cubaan gugur kandungan, sembunyi janin dalam kereta
May 5, 2026, 11:08 am
Warga emas maut ditetak jiran, suspek ada rekod rawatan mental ditahan
May 4, 2026, 9:16 am
Hina Sultan Selangor: Lelaki ditahan di Bukit Mertajam
May 2, 2026, 6:01 pm
Kanak-kanak 10 tahun maut, pemandu Hilux positif ganja rempuh laluan bertentangan
May 2, 2026, 12:09 pm
Penuntut kolej maut dengan 61 kesan tikaman, empat suspek ditahan
April 28, 2026, 1:36 pm
