Berita Jenayah
Polis cari pemandu bas ekspres riba wanita ketika memandu
JASIN 14 April – Pihak polis kini sedang giat mengesan seorang pemandu bas ekspres yang dirakam melakukan perbuatan berbahaya dengan memandu sambil meriba seorang wanita di kawasan susur masuk Rehat dan Rawat (R&R) Bemban, arah selatan.
Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku pada 12 April lalu sekitar jam 7.30 malam sebelum klip videonya tular di media sosial.
Beliau menegaskan bahawa tindakan pemandu tersebut adalah sangat berbahaya kerana bukan sahaja menjejaskan kawalan kenderaan dan tumpuan pemanduan, malah mengancam keselamatan penumpang serta pengguna jalan raya yang lain.
Pihak polis meminta kerjasama pemandu bas serta wanita yang terlibat dalam rakaman berkenaan untuk tampil segera ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta menghubungi Inspektor Marwan Shafiq Mohd Latfi di talian 011-11127533 atau menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berhampiran.
Berita berkaitan
May 8, 2026, 2:11 pm
Operasi bersepadu di Cyberjaya: 13 warga asing ditahan di Menara Paragon
May 8, 2026, 12:29 pm
Polis serbu gudang ganja di Sepang, rampasan bernilai RM4.8 juta
May 6, 2026, 11:22 am
Pasangan remaja ditahan susulan cubaan gugur kandungan, sembunyi janin dalam kereta
May 5, 2026, 11:08 am
Warga emas maut ditetak jiran, suspek ada rekod rawatan mental ditahan
May 4, 2026, 9:16 am
Hina Sultan Selangor: Lelaki ditahan di Bukit Mertajam
May 2, 2026, 6:01 pm
Kanak-kanak 10 tahun maut, pemandu Hilux positif ganja rempuh laluan bertentangan
May 2, 2026, 12:09 pm
Penuntut kolej maut dengan 61 kesan tikaman, empat suspek ditahan
April 28, 2026, 1:36 pm
