Berita Berita
KBS kagum Rentap Muay Thai Gym berjaya lahirkan atlet bertaraf dunia, jadi inspirasi pembangunan sukan
KUCHING 14 April – Rentap Muay Thai Gym terus mencuri perhatian sebagai pusat latihan Muay Thai yang berjaya melahirkan atlet bertaraf dunia serta menjadi platform penting pembangunan bakat sukan tempatan.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol berkata, lawatan ke gim berkenaan memberikan pengalaman bermakna apabila beliau dapat menyaksikan sendiri suasana latihan yang kondusif, kemudahan moden serta bimbingan jurulatih berpengalaman dalam membentuk kekuatan fizikal dan mental atlet.
Dalam sesi lawatan itu, beliau turut beramah mesra dengan pelatih program DMT Muay Thai yang memberi penekanan terhadap pembentukan jati diri dan pembangunan kapasiti.
Menariknya, latihan di gim tersebut melibatkan pelatih seawal usia lima tahun, sekali gus membuktikan usaha pembangunan bakat sukan dilakukan sejak peringkat awal dengan disiplin yang tinggi.
Antara atlet yang lahir daripada gim berkenaan termasuk adik-beradik Ghazali iaitu Jojo, Miki, Elias dan Mia, selain Kabilan Jelevan serta beberapa lagi bakat yang semakin menyerlah di peringkat antarabangsa.
Beliau turut berpeluang mempelajari asas Muay Thai yang dikongsikan oleh salah seorang atlet, sekali gus memberi gambaran jelas mengenai tahap kemahiran, teknik dan kecergasan tinggi yang diperlukan dalam sukan itu.
Beliau berharap pusat latihan itu akan terus berkembang sebagai platform penting dalam pembangunan sukan tempatan serta melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi pada masa hadapan. - Media Telus
Berita berkaitan
May 11, 2026, 11:02 am
Kastam KLIA tumpaskan penyeludupan bernilai RM1.19 juta, empat kes dikesan
May 11, 2026, 9:56 am
Azam Baki dedah hidup KP SPRM ada lebih ramai musuh berbanding kawan
May 11, 2026, 7:57 am
'Muhasabahlah diri, orang Melayu tak boleh hanya tunggu dibantu' - Bekas CEO Proton
May 10, 2026, 9:10 pm
Kerajaan setuju teliti semula subsidi RON95 untuk golongan T20 - Anwar
May 10, 2026, 7:09 pm
Lelaki Myanmar lari lepas rempuh penunggang motosikal hingga maut di Kota Bharu
May 10, 2026, 3:39 pm
Bekas pembantu khas Teresa Kok dijangka didakwa kes rasuah RM500,000 di mahkamah esok
May 10, 2026, 10:49 am
