Berita Jenayah
Polis siasat kematian pemuda OKU sebagai kes bunuh susulan keputusan bedah siasat
BACHOK 15 April – Polis kini mengklasifikasikan kematian seorang pemuda Orang Kurang Upaya (OKU) pembelajaran sebagai kes bunuh selepas hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan parah pada kepala akibat trauma tumpul.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusuff Mamat memaklumkan mangsa, Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal, 20, yang bekerja sebagai pemasang jubin, ditemukan tidak sedarkan diri oleh orang awam di tepi jalan Kampung Chap, Bekelam, kira-kira jam 8.30 pagi semalam.
Mangsa sempat dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan kecemasan, namun disahkan meninggal dunia pada jam 12.55 tengah malam Rabu selepas 17 jam bertarung nyawa di Zon Merah.
Hasil pemeriksaan lanjut mendapati mangsa bukan sahaja mengalami kecederaan kepala, malah turut mengalami luka pada paru-paru serta kecederaan pada pundi kencing, dipercayai akibat dipukul.
Siasatan awal pihak polis di lokasi penemuan mangsa di Ladang Merdeka Cherbu mendapati tiada sebarang tanda yang menunjukkan berlakunya kemalangan jalan raya. Malah, motosikal jenis Honda C70 yang ditunggang mangsa juga ditemukan dalam keadaan baik tanpa sebarang kerosakan.
Susulan penemuan bukti-bukti tersebut, pihak polis tidak menolak wujudnya unsur jenayah dalam kes ini dan siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini atau melihat mangsa sebelum kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok atau mana-mana balai polis berhampiran.
Berita berkaitan
May 11, 2026, 11:13 am
Polis buru dua lelaki curi empat rim kereta di Taman Desa Minang
May 8, 2026, 2:11 pm
Operasi bersepadu di Cyberjaya: 13 warga asing ditahan di Menara Paragon
May 8, 2026, 12:29 pm
Polis serbu gudang ganja di Sepang, rampasan bernilai RM4.8 juta
May 6, 2026, 11:22 am
Pasangan remaja ditahan susulan cubaan gugur kandungan, sembunyi janin dalam kereta
May 5, 2026, 11:08 am
Warga emas maut ditetak jiran, suspek ada rekod rawatan mental ditahan
May 4, 2026, 9:16 am
Hina Sultan Selangor: Lelaki ditahan di Bukit Mertajam
May 2, 2026, 6:01 pm
Kanak-kanak 10 tahun maut, pemandu Hilux positif ganja rempuh laluan bertentangan
May 2, 2026, 12:09 pm
