Berita Dunia
Prabowo rombak Kabinet, lantik menteri, pegawai kanan baharu
JAKARTA 28 April - Presiden Prabowo Subianto melakukan rombakan Kabinet pada Isnin dengan melantik beberapa menteri serta pegawai kanan baharu dalam usaha memperkukuh portfolio utama pentadbiran negara.
Pengerusi Konfederasi Kesatuan Sekerja Seluruh Indonesia, Mohammad Jumhur Hidayat dilantik sebagai Menteri Alam Sekitar merangkap Ketua Agensi Kawalan Alam Sekitar (BPLH), menggantikan Hanif Faisol Nurofiq, lapor agensi berita Antara.
Hanif Faisol Nurofiq pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Makanan dan mengangkat sumpah jawatan pada Isnin.
Dalam pelantikan lain, bekas panglima angkatan darat Dudung Abdurachman dinamakan sebagai Ketua Staf Kepresidenan, menggantikan Muhammad Qodari yang dilantik sebagai Ketua Badan Komunikasi Pemerintah (Bakom).
Sementara itu, Abdul Kadir Karding yang juga bekas Menteri Perlindungan Pekerja Migran Indonesia (2024–2025), dilantik sebagai Ketua Badan Kuarantin Indonesia.
Bekas Ketua Pejabat Komunikasi Kepresidenan, Hasan Nasbi pula dilantik sebagai Penasihat Khas Presiden bagi Komunikasi.
Prabowo mempengerusikan upacara mengangkat sumpah bagi semua pegawai yang baharu dilantik itu pada Isnin.
Berita berkaitan
May 11, 2026, 10:19 am
Tak sampai setahun, bekas PM Thailand terlibat rasuah dibebaskan awal dari penjara
May 7, 2026, 3:19 pm
Singapura laksana hukuman rotan terhadap pembuli di sekolah
May 6, 2026, 9:56 pm
Vijay Thalapathy dijangka angkat sumpah KM Tamil Nadu esok
May 6, 2026, 8:57 am
India pertimbang guna buaya, ular untuk 'kawal sempadan'
April 29, 2026, 9:10 am
Bekas Wanita Pertama Korea Selatan dipenjara 4 tahun
April 28, 2026, 8:18 am
