Berita Jenayah
10 warga asing ditahan, empat sindiket penipuan tumpas di Selangor
Oleh AZIM SAID
SHAH ALAM, 28 April – Polis melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) berjaya menumpaskan empat sindiket penipuan berasingan menerusi beberapa siri serbuan di sekitar Ampang Jaya, Petaling Jaya dan Subang Jaya sepanjang April 2026.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata dalam operasi pertama pada 14 April lalu, polis berjaya menahan 10 individu warga asing dalam serbuan di sebuah premis di Taman Ampang Utama.
"Suspek dipercayai terlibat dalam aktiviti penerimaan dan penukaran wang haram menggunakan platform Telegram serta mata wang kripto USDT," katanya.
Polis turut merampas pelbagai peralatan termasuk komputer riba, telefon bimbit dan peranti rangkaian dengan nilai anggaran RM20,000.
Siasatan awal mendapati sindiket itu beroperasi sejak Januari 2026 dan menerima wang daripada beberapa negara termasuk Filipina, Taiwan, Hong Kong, Indonesia, dan India.
Dalam serbuan kedua pada 20 April, polis menahan 10 lelaki termasuk seorang warga tempatan di sebuah kediaman di Bukit Ampang Permai.
"Suspek dipercayai menjalankan sindiket penipuan judi dalam talian yang menyasarkan warga China melalui aplikasi seperti Tencent dan Telegram," jelasnya.
Rampasan melibatkan peralatan elektronik bernilai kira-kira RM60,000.
Mangsa dipercayai diperdaya untuk membuat bayaran melalui Alipay dan WeChat Pay sebelum wang tersebut digunakan dalam aktiviti perjudian tidak wujud.
Sementara itu, pada 21 April, polis menahan lapan lelaki tempatan di Petaling Jaya yang dipercayai bertindak sebagai pengurus akaun bagi mengendalikan transaksi wang hasil penipuan.
"Kesemua suspek telah didakwa di mahkamah dan dikenakan denda RM5,000 setiap seorang," jelasnya.
Dalam operasi keempat pada 24 April di Subang Jaya, tiga lelaki termasuk dua warga asing ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang turut menyasarkan warga China.
Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM40,000
"Kesemua kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan serta Seksyen 120B, selain melibatkan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63," katanya.
Semua suspek kini direman bagi membantu siasatan lanjut.
Berita berkaitan
June 3, 2026, 1:29 pm
Pekerja dalang samun kedai serbaneka ditahan akibat tertinggal selipar
June 2, 2026, 3:10 pm
Padah tunjuk aksi ‘wheelie’ dalam video tular, dua penunggang bersama pembonceng dicekup
May 30, 2026, 11:09 am
Pemandu Myvi tiada lesen, cukai jalan tamat tempoh rempuh operator wanita di Danga Bay
May 25, 2026, 8:23 pm
Ketua Geng Rames tumpas dalam penerbangan ke India hasil intipan Op Tiga
May 22, 2026, 4:21 pm
Ceroboh rumah intip wanita mandi: Polis tahan penganggur miliki rekod lampau
May 21, 2026, 8:54 pm
Kematian pegawai kanan JSJ Selangor diklasifikasi kes mati mengejut, tiada unsur jenayah
May 21, 2026, 8:42 pm
Lelaki ditemukan maut berlumuran darah di hadapan kedai makan di Pekan Nanas
May 19, 2026, 11:05 am
