Berita Politik
KJ gesa undi tidak percaya, sifatkan tindakan UMNO Negeri Sembilan langkah tepat
Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 28 April – Bekas pimpinan kanan UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan tindakan UMNO Negeri Sembilan menarik sokongan terhadap Menteri Besar sebagai satu langkah politik yang strategik dan tepat.
Mengulas mengenai laporan bahawa Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias sudah menghantar surat dan sedia menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Khairy menyarankan agar langkah seterusnya diambil secara lebih formal di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Langkah yang baik oleh UMNO N9. Sepatutnya hantar satu lagi surat kepada Speaker DUN untuk memanggil sidang bagi membolehkan undi tidak percaya dijalankan," katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.
Beliau turut menyentuh mengenai polemik penggunaan Akuan Bersumpah (SD) yang sering ditolak oleh Pakatan Harapan (PH) atas faktor sejarah. Bagaimanapun, Khairy menegaskan bahawa Mahkamah Persekutuan telah menetapkan bahawa SD adalah kaedah yang sah bagi membolehkan pihak Istana menentukan sokongan majoriti.
"Memandangkan PH amat tidak menyukai SD (trauma daripada kes Perak 2008), walaupun Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa SD boleh diterima oleh raja untuk menentukan siapa yang mendapat sokongan majoriti, mereka sepatutnya berani untuk berdepan dengan undi percaya," tambahnya lagi.
Kenyataan Khairy ini hadir di saat ketidaktentuan politik melanda negeri tersebut selepas 14 ADUN Barisan Nasional (BN) mengumumkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Aminuddin Harun, sekali gus meletakkan status pentadbiran kerajaan negeri dalam keadaan tergantung.
Berita berkaitan
June 5, 2026, 12:13 pm
Muhyiddin tidak bertanding PRN Johor, Bersatu taruh harapan pada pemimpin tempatan
June 3, 2026, 11:55 am
PRN Johor: Benteng BN digugat, PN intai kejutan, PH cari nyawa politik
June 1, 2026, 1:58 pm
52 tahun penubuhan: Ahmad Zahid mahu jentera BN bersatu, sedia depani politik matang
May 31, 2026, 9:24 am
PEJUANG nafi Hamzah Zainudin mohon sertai parti, tegas tiada rundingan politik
May 28, 2026, 4:35 pm
Isu pengambilalihan parti: Rafizi nafi bayar RM8.5 juta kepada Tan Gin Theam
May 26, 2026, 1:56 pm
