Berita Jenayah
Hina Sultan Selangor: Lelaki ditahan di Bukit Mertajam
KUALA LUMPUR 4 Mei – Pihak polis menahan seorang lelaki warga tempatan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam kerana disyaki memuat naik hantaran gambar berunsur penghinaan terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di media sosial.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, suspek yang berusia 30-an itu ditahan kira-kira jam 7.10 malam hasil kerjasama antara JSJ Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Pulau Pinang dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Siasatan dijalankan susulan hantaran yang dimuat naik melalui akaun Facebook 'Lucas Liam' pada 2 Mei lalu, di mana polis turut merampas dua unit telefon bimbit berserta kad sim yang dipercayai digunakan untuk melakukan perbuatan tersebut.
Setakat ini, sebanyak 12 laporan polis telah diterima dari seluruh negara berhubung kes sama. Kes kini disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Permohonan reman terhadap suspek dibuat hari ini bagi membantu siasatan lanjut sementara polis memberi amaran keras agar orang ramai tidak menyalahgunakan media sosial untuk menyentuh isu sensitif melibatkan agama, raja, dan kaum (3R).
Berita berkaitan
May 8, 2026, 2:11 pm
Operasi bersepadu di Cyberjaya: 13 warga asing ditahan di Menara Paragon
May 8, 2026, 12:29 pm
Polis serbu gudang ganja di Sepang, rampasan bernilai RM4.8 juta
May 6, 2026, 11:22 am
Pasangan remaja ditahan susulan cubaan gugur kandungan, sembunyi janin dalam kereta
May 5, 2026, 11:08 am
Warga emas maut ditetak jiran, suspek ada rekod rawatan mental ditahan
May 2, 2026, 6:01 pm
Kanak-kanak 10 tahun maut, pemandu Hilux positif ganja rempuh laluan bertentangan
May 2, 2026, 12:09 pm
Penuntut kolej maut dengan 61 kesan tikaman, empat suspek ditahan
April 28, 2026, 1:36 pm
