Berita Viral
'Nak lari mana?' - Rider lawan arus cabut lari selepas langgar kereta
Oleh AZIM SAID
Seorang penunggang motosikal dipercayai melawan arus bertindak melarikan diri selepas merempuh sebuah kereta dalam satu kejadian petang semalam.
Rakaman papan pemuka (dashcam) yang dikongsikan menunjukkan motosikal tersebut datang dari arah bertentangan sebelum berlaku pelanggaran dengan kenderaan mangsa di tepi jalan.
Akibat kejadian itu, kereta berkenaan mengalami kerosakan pada bahagian cermin sisi yang dilaporkan patah akibat hentaman.
Menurut perkongsian, penunggang motosikal berkenaan terus meninggalkan lokasi sejurus selepas insiden tanpa memberikan sebarang maklumat atau bertanggungjawab atas kerosakan yang berlaku.
Di ruangan komen, seorang pengguna media sosial, Michael Lob, meluahkan rasa marah terhadap tindakan berbahaya itu
“Mabuk lawan arus," komennya.
Insiden tersebut mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai yang mengecam tindakan melawan arus kerana membahayakan pengguna jalan raya lain serta boleh mengakibatkan kemalangan serius.
Orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan tidak mengambil risiko dengan menunggang melawan arus demi keselamatan semua pengguna jalan raya.
Berita berkaitan
June 5, 2026, 5:49 pm
'Baju pun nak curi?' - Dua wanita tular rembat baju orang di kedai dobi Johor Bahru
June 3, 2026, 6:02 pm
Tak tahu apa punca, wanita tahan sakit disembur pemedih mata di Seremban 2
May 20, 2026, 6:16 pm
'Dah jerit pun tak jalan' - Geng curi kabel 'buat kerja' depan penduduk di Semenyih
May 20, 2026, 5:34 pm
