Berita Politik
'Rakyat akan undi siapa yang buat kerja, bukan lagi parti' – Mat Sabu
KUALA LUMPUR 8 Mei – Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu berpandangan landskap politik negara kini semakin berubah apabila pengundi tidak lagi memilih berdasarkan parti semata-mata, sebaliknya lebih menilai individu yang benar-benar bekerja untuk rakyat.
Menurut Ahli Parlimen Kota Raja itu, trend politik semasa menunjukkan rakyat kini lebih cenderung memilih pemimpin yang turun padang, mendengar masalah rakyat dan menunjukkan keikhlasan dalam berkhidmat.
“Pilihan raya hari ni dah banyak berubah. Rakyat bukan lagi tengok parti semata-mata, tapi mereka nilai siapa yang benar-benar bekerja, turun dengar masalah rakyat dan ada keikhlasan untuk berkhidmat.
“Sebab tu Bang Mat selalu percaya, politik masa depan bukan politik penuh janji, tapi politik yang dibina atas kepercayaan dan kerja buat.
“Kalau kita ikhlas bantu rakyat, Insya-Allah rakyat boleh nampak dan nilai sendiri. Kita kena terus kerja kuat, jaga kebajikan rakyat dan bina negara dengan hati yang matang.
“Ini adalah suasana baru, dunia sedang menuju ke arah tu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas perubahan corak sokongan pengundi yang kini dilihat lebih memberi perhatian terhadap kredibiliti serta prestasi seseorang pemimpin berbanding kekuatan parti semata-mata.
Berita berkaitan
June 5, 2026, 12:13 pm
Muhyiddin tidak bertanding PRN Johor, Bersatu taruh harapan pada pemimpin tempatan
June 3, 2026, 11:55 am
PRN Johor: Benteng BN digugat, PN intai kejutan, PH cari nyawa politik
June 1, 2026, 1:58 pm
52 tahun penubuhan: Ahmad Zahid mahu jentera BN bersatu, sedia depani politik matang
May 31, 2026, 9:24 am
PEJUANG nafi Hamzah Zainudin mohon sertai parti, tegas tiada rundingan politik
May 28, 2026, 4:35 pm
Isu pengambilalihan parti: Rafizi nafi bayar RM8.5 juta kepada Tan Gin Theam
May 26, 2026, 1:56 pm
