Berita Sukan
JDT lihat sudut positif walaupun gagal ke final ACC
BANGKOK 15 Mei – Johor Darul Ta’zim (JDT) memilih untuk melihat sudut positif dan enggan terlalu kecewa di sebalik kegagalan mereka melayakkan diri ke perlawanan akhir Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) musim ini selepas tunduk secara agregat kepada kelab Thailand, Buriram United.
Walaupun Harimau Selatan mencatatkan kemenangan 2-1 pada aksi separuh akhir kedua kelmarin, keputusan tersebut masih belum mencukupi untuk memadamkan kelebihan Buriram United yang mara dengan kemenangan 4-3 secara keseluruhan.
Pengendali JDT, Xisco Munoz, menzahirkan rasa bangga terhadap kualiti serta kesungguhan luar biasa yang dipamerkan oleh anak buahnya sepanjang perlawanan tersebut sehingga berjaya mengheret aksi ke masa tambahan.
Beliau menegaskan mahu memberikan tumpuan kepada kejayaan lain termasuk kejayaan menjulang trofi liga serta pencapaian sejarah dalam Liga Juara-Juara Elit (ACLE) sambil menyifatkan kegagalan kali ini sebagai proses pembelajaran penting untuk musim hadapan.
Terdahulu, JDT yang mendahului 2-0 menerusi jaringan Bergson Da Silva dan Marcos Guilherme hampir merealisasikan impian aksi final menentang Selangor FC, sebelum jaringan tunggal Kingsley Schindler memastikan kemaraan buat tuan rumah.
Xisco turut mengakui kesilapan pada perlawanan pertama di tempat sendiri menjadi punca utama kegagalan tersebut, namun tetap memuji komitmen penuh 100 peratus yang diberikan oleh setiap pemainnya.
Berita berkaitan
May 30, 2026, 4:34 pm
Azeem Fahmi lakar sejarah layak ke Grand Final NCAA
May 25, 2026, 3:54 pm
Arif Aiman selamat tamatkan zaman bujang, dijangka bersanding malam ini
May 19, 2026, 3:54 pm
Chen Tang Jie, Toh Ee Wei dinobat Olahragawan dan Olahragawati Negara
May 19, 2026, 11:20 am
Neymar kembali sertai skuad Brazil ke Piala Dunia 2026
May 18, 2026, 11:28 am
Isu gaji KTRW makin parah: Bank kejar, kereta kena tarik dan pemain dihalau rumah
May 17, 2026, 3:31 pm
Khairul Fahmi 'Apek' tinggalkan Sabah FC selepas lima tahun berbakti
May 14, 2026, 7:28 am
Buriram United hampakan JDT, mara ke final bertemu Selangor FC
May 13, 2026, 8:41 am
Titah 'Anak Jantan' TMJ bakar semangat JDT belasah Kelantan 14-1
May 8, 2026, 9:33 am
