Berita Politik
'PH kini main sentimen ketakutan, bukan lagi naratif harapan' - Nik Nazmi
PETALING JAYA 17 Mei – Landskap politik tanah air perlu segera kembali kepada asas perjuangan yang berprinsip serta berteraskan naratif harapan, dan bukannya terus dibiarkan hanyut dengan momokan sentimen ketakutan mahupun agenda perebutan kuasa semata-mata.
Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad meluahkan kebimbangan bahawa dinamika politik semasa ketika ini menjadi punca utama mengapa ramai rakyat, khususnya generasi muda, mula hilang kepercayaan terhadap sistem demokrasi negara.
Beliau secara terbuka mengkritik perubahan pendekatan yang diambil oleh kepimpinan Pakatan Harapan (PH) hari ini yang didakwanya mula beralih arah daripada menawarkan formula masa depan kepada taktik menakut-nakutkan pengundi.
"Jika dulu PH bercakap tentang harapan, kini PH mula memainkan sentimen ketakutan. Di bandar, dibisik jika tidak undi PH, PAS akan menang.
"Keadaan ini dibimbangi menyebabkan generasi muda mula percaya bahawa walaupun parti politik berubah, ia tetap tidak boleh membawa perubahan yang sebenar kepada negara. Kita tidak mahu anak muda bersikap sinis pada politik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan khas dalam majlis pengumuman hala tuju politiknya bersama Datuk Seri Rafizi Ramli yang berlangsung di sini, hari ini.
Bekas Naib Presiden PKR itu turut menegaskan bahawa politik tidak sepatutnya disempitkan sebagai medan memburu kedudukan, jawatan, dan kekayaan kelompok tertentu, sebaliknya perlu diangkat semula atas nilai asas iaitu khidmat bakti serta kejujuran kepada rakyat.
Mengulas lanjut mengenai keputusannya, Nik Nazmi menyeru agar obor perjuangan reformasi dan agenda pembaharuan negara tidak dipadamkan begitu sahaja hanya disebabkan rasa kecewa terhadap kepimpinan sedia ada.
Tegasnya, penubuhan wadah baharu ini adalah komitmen untuk meneruskan fasa peralihan generasi kepimpinan dalam struktur politik Malaysia, memandangkan pentas sedia ada masih terlalu didominasi oleh golongan lama sehingga mengetepikan suara anak muda yang membentuk komposisi terbesar rakyat.
Berita berkaitan
October 16, 2026, 9:54 am
PAS utamakan rundingan bersama UMNO, BN hadapi PRU16
October 7, 2026, 9:35 am
PAS Melaka nafi senarai tular calon empat kerusi DUN bagi PRN Melaka
September 29, 2026, 4:35 pm
PH muktamad tidak bekerjasama dengan BN bagi PRN Melaka
September 24, 2026, 9:52 am
Notis pembatalan RoS: PAS teguh berdiri bersama parti komponen pertahan PN
September 23, 2026, 8:45 pm
PN terima notis tunjuk sebab pembatalan pendaftaran daripada RoS
September 23, 2026, 8:41 pm
BN akan umum kerjasama politik hadapi PRN Melaka Ke-16 dalam masa terdekat
September 20, 2026, 2:49 pm
Belum ada rundingan PH-BERSATU – Fahmi
September 20, 2026, 9:38 am
Muhyiddin sahkan kerjasama politik Bersatu-Pas sudah berakhir
September 20, 2026, 9:36 am
Muhyiddin tak tolak perbincangan kerjasama politik baharu bersama PH
September 19, 2026, 9:13 am
