Berita Jenayah
Polis cekup 'transporter' bersama syabu bernilai hampir RM4 juta dalam kereta di Ampang Jaya
Oleh AZIM SAID
Seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di hadapan sebuah premis kediaman sekitar Ampang Jaya, Selangor pada 11 Mei lalu.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, suspek ditahan oleh Unit MPV Balai Polis Ampang sebelum pemeriksaan lanjut dilakukan ke atas kenderaan yang digunakannya.
"Hasil pemeriksaan menemui 79 bungkusan plastik mengandungi bahan disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 79 kilogram," katanya.
Pihak polis percaya suspek berperanan sebagai penghantar dadah atau 'transporter'.
Nilai keseluruhan rampasan bagi tangkapan tersebut dianggarkan sekitar RM3.95 juta.
Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek negatif daripada sebarang pengambilan dadah.
Suspek kini direman selama 14 hari bagi membantu siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Berita berkaitan
June 3, 2026, 1:29 pm
Pekerja dalang samun kedai serbaneka ditahan akibat tertinggal selipar
June 2, 2026, 3:10 pm
Padah tunjuk aksi ‘wheelie’ dalam video tular, dua penunggang bersama pembonceng dicekup
May 30, 2026, 11:09 am
Pemandu Myvi tiada lesen, cukai jalan tamat tempoh rempuh operator wanita di Danga Bay
May 25, 2026, 8:23 pm
Ketua Geng Rames tumpas dalam penerbangan ke India hasil intipan Op Tiga
May 22, 2026, 4:21 pm
Ceroboh rumah intip wanita mandi: Polis tahan penganggur miliki rekod lampau
May 21, 2026, 8:54 pm
Kematian pegawai kanan JSJ Selangor diklasifikasi kes mati mengejut, tiada unsur jenayah
May 21, 2026, 8:42 pm
Lelaki ditemukan maut berlumuran darah di hadapan kedai makan di Pekan Nanas
May 19, 2026, 11:05 am
