Berita Viral
Budak warga asing ketuk cermin kereta minta sedekah di lampu isyarat, netizen harap tindakan segera DBKL
Oleh AZIM SAID
KUALA LUMPUR 4 Jun — Tindakan budak warga asing yang dipercayai meminta sedekah dengan mengetuk cermin kereta di kawasan Jalan P. Ramlee, di sini, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna jalan raya dan warga maya selepas satu rakaman dimuat naik di media sosial.
Rakaman yang tular itu menunjukkan seorang individu berdiri di tepi jalan dan menghampiri kenderaan yang berhenti di lampu isyarat dipercayai untuk meminta sumbangan daripada pemandu.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang menyuarakan kebimbangan terhadap imej ibu negara serta keselamatan pengguna jalan raya.
Seorang pengguna media sosial, _yenn25, berkata keadaan tersebut berpotensi menjadi masalah yang lebih besar sekiranya tidak ditangani segera.
“Lagi 5-10 tahun jadi identiti Malaysia kalau di biar! Pelancong pun jijik nak mai," jelasnya.
Sementara itu, pengguna vfifvhvlik berpendapat isu tersebut tidak berpunca daripada rakyat tempatan.
“Masalahnya bukan orang Malaysia tau," tulisnya
Seorang lagi pengguna, 1376lilialhajj, menegaskan bahawa situasi seperti itu tidak sepatutnya dibiarkan berleluasa di kawasan pusat bandar.
“Situasi seperti ini tidak seharusnya dibiarkan berleluasa di Kuala Lumpur,” ujarnya.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung insiden yang tular tersebut.
Menerusi hantaran tersebut, pemilik akaun berharap pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan terhadap aktiviti berkenaan.
Orang ramai bagaimanapun berharap pemantauan dan penguatkuasaan dapat dipertingkatkan bagi memastikan ketenteraman awam serta imej Kuala Lumpur sebagai destinasi pelancongan utama negara terus terpelihara.
Berita berkaitan
July 17, 2026, 7:11 pm
Deadpool jawab sebab diangkut DBKL lepas video tular di media sosial
July 17, 2026, 6:04 pm
Samseng datang halau, wanita Orang Asli dakwa suami ditahan polis lepas pertahan tanah adat
July 17, 2026, 10:03 am
Deadpool kena angkut lori DBKL lepas buat persembahan
July 17, 2026, 8:58 am
'Selalu tuduh Malaysia', giliran penari Indonesia guna lagu SM Salim menari di Kemboja
July 16, 2026, 8:25 pm
'Dah macam ketam'- Bas bergerak mengiring jadi tumpuan netizen, cetus isu keselamatan
July 16, 2026, 7:16 pm
Suami kongsi tugasan terakhir bimbing isteri ucap syahadah sebelum meninggal dunia
July 16, 2026, 3:02 pm
Leka bergambar, kanak-kanak perempuan nyaris jadi mangsa pertama Jambatan Batang Lupar
July 15, 2026, 3:10 pm
Polis buka siasatan individu didakwa diculik di Johor Bahru
July 15, 2026, 2:25 pm
