Berita Dunia
Brunei rombak kabinet, Putera Abdul Mateen dilantik Menteri Hal Ehwal Luar
BANDAR SERI BEGAWAN 5 Jun – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan rombakan Kabinet secara besar-besaran yang menyaksikan penubuhan beberapa portfolio baharu serta pelantikan dua puteranya ke dalam pentadbiran kerajaan.
Rombakan itu merupakan yang pertama dilaksanakan sejak tahun 2022 dan hadir ketika Brunei berdepan cabaran ekonomi global, khususnya dalam sektor tenaga, selain usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negara untuk jangka panjang.
Perubahan pentadbiran tersebut turut berlaku menjelang sambutan jubli berlian pemerintahan Sultan Hassanal tahun depan. Baginda yang menaiki takhta pada 1967 kini merupakan antara pemerintah paling lama berkhidmat di dunia.
Sultan Hassanal, 79, akan terus memegang jawatan Perdana Menteri selain mengekalkan portfolio Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan.
Dalam rombakan berkenaan, putera kedua baginda, Pengiran Muda Abdul Malik dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, manakala putera ketiga, Pengiran Muda Abdul Mateen diberi tanggungjawab sebagai Menteri Hal Ehwal Luar.
Sementara itu, pewaris takhta Brunei, Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah kekal memegang jawatan Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.
Selain pelantikan baharu, Sultan Hassanal turut mengumumkan penubuhan tiga portfolio menteri baharu yang bertujuan memperkukuh penyelarasan dasar kerajaan dan meningkatkan kecekapan pentadbiran.
Antara perubahan utama ialah penyusunan semula Kementerian Sumber Utama dan Pelancongan yang kini dikenali sebagai Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri.
“Kementerian Sumber Utama dan Pelancongan akan disusun semula sebagai Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri.
“Ini bertujuan untuk mempercepatkan pembangunan sektor keutamaan, memperkukuh usaha kepelbagaian ekonomi, menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan dan mewujudkan peluang pekerjaan yang bermakna,” titah baginda.
Rombakan Kabinet kali ini turut mencatat sejarah tersendiri apabila menyaksikan penyertaan wanita dalam pentadbiran kerajaan pada jumlah tertinggi setakat ini, termasuk pelantikan seorang Menteri Pendidikan dan tiga Timbalan Menteri wanita.
Pemerhati melihat perubahan tersebut sebagai sebahagian daripada usaha Brunei untuk memperkukuh struktur pentadbiran negara serta mempercepatkan agenda kepelbagaian ekonomi dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global. – AGENSI
Berita berkaitan
July 14, 2026, 6:56 pm
Houthi Yaman lancarkan peluru berpandu ke arah Arab Saudi
July 14, 2026, 10:01 am
Masuk tandas cari perlindungan, 27 maut di kelab malam
July 10, 2026, 4:15 pm
Anak kandung sakit mental mengaku tikam warga emas sehingga maut
July 2, 2026, 9:13 pm
Sembilan sami Buddha maut lepas dirempuh kanak-kanak 11 tahun pandu trak pikap
July 2, 2026, 12:24 pm
Bapa hantuk kepala lepas impian anak jadi doktor musnah
July 2, 2026, 10:36 am
Bumbung uzur pusat tuisyen runtuh, 15 termasuk 14 kanak-kanak maut
July 1, 2026, 12:15 pm
Bekas Menteri Pendidikan Indonesia, pengasas Gojek dihukum penjara 10 tahun kes rasuah
June 29, 2026, 7:24 pm
Bapa sanggup maafkan teman wanita lepas belasah anak 18 bulan hingga mati
June 29, 2026, 2:29 pm
