Berita Viral
'Baju pun nak curi?' - Dua wanita tular rembat baju orang di kedai dobi Johor Bahru
Oleh AZIM SAID
Johor Bahru 5 Jun - Seorang pengguna media sosial berkongsi rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan tiga wanita dipercayai mencuri pakaiannya di sebuah dobi layan diri di kawasan Larkin Perdana pada malam Rabu lalu.
Menurut perkongsian itu, baju yang dicuri merupakan pakaian kerja dan juga milik pengguna dobi yang lain.
Wanita itu dilihat mengangkat bag dan bakul berisi pakaian sebelum dibawa masuk ke dalam kenderaan yang diletakkan di hadapan dobi.
Penghantar juga meminta orang ramai membantu menjejak nombor plat kenderaan tersebut bagi membantu menjejak pencuri terbabit.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen di ruangan komen.
Pengguna media sosial, official_abbylyea menyuarakan kekecewaan terhadap orang yang mengambil pakaian.
"La baju pun nak curi? Nape la dia tak datang je rumah aku banyak baju nak buang ni sebab dah tak muat saiz," tulisnya
Pengguna lain, perantau_hepi menegur sikap pengunjung dobi yang meninggalkan barangan.
"Kenapa masih ada orang yang pergi dobi layan diri dan tinggalkan barangan mereka. Memang harapkan CCTV ker yang jaga.
"Kalau saya pergi dobi memang akan tunggu sampai siap basuh," katanya
bayusitadew turut menambah komen mempersoalkan tujuan tindakan mengambil baju orang lain.
"Ambik-ambik baju orang ni, niage bundle ke lepas tu?" Katanya.
Insiden ini mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati‑hati ketika meninggalkan barangan di tempat awam, terutamanya di dobi layan diri.
Berita berkaitan
July 17, 2026, 7:11 pm
Deadpool jawab sebab diangkut DBKL lepas video tular di media sosial
July 17, 2026, 6:04 pm
Samseng datang halau, wanita Orang Asli dakwa suami ditahan polis lepas pertahan tanah adat
July 17, 2026, 10:03 am
Deadpool kena angkut lori DBKL lepas buat persembahan
July 17, 2026, 8:58 am
'Selalu tuduh Malaysia', giliran penari Indonesia guna lagu SM Salim menari di Kemboja
July 16, 2026, 8:25 pm
'Dah macam ketam'- Bas bergerak mengiring jadi tumpuan netizen, cetus isu keselamatan
July 16, 2026, 7:16 pm
Suami kongsi tugasan terakhir bimbing isteri ucap syahadah sebelum meninggal dunia
July 16, 2026, 3:02 pm
Leka bergambar, kanak-kanak perempuan nyaris jadi mangsa pertama Jambatan Batang Lupar
July 15, 2026, 3:10 pm
Polis buka siasatan individu didakwa diculik di Johor Bahru
July 15, 2026, 2:25 pm
