Berita Berita
Jaslinda hilang lebih dua minggu ditemui selamat oleh penduduk Orang Asli
IPOH 6 Jun— Pendaki wanita yang berjaya dikesan selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih, Tapah kini dilaporkan sedang berlindung di kediaman Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu.
Maklumat tersebut dikongsikan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon, yang mengesahkan kedudukan terkini mangsa, Jaslinda Saludin, 49.
Menurut beliau, mangsa ditemui sekitar jam 3 petang Sabtu oleh seorang penduduk tempatan di kawasan berhampiran Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu, Pos Musoh.
Penemuan itu kemudiannya dimaklumkan kepada anak saudara mangsa yang berada di Johor sebelum disalurkan kepada pihak berkuasa.
Mengimbas semula kronologi kejadian, eksekutif rantaian bekalan sebuah syarikat swasta itu menyertai ekspedisi Trans Spencer Chapman bersama 13 peserta lain serta dua Malim Gunung Perhutanan (MGP). Kumpulan tersebut memulakan pendakian dari laluan Pos Gedung menuju Kuala Woh pada jam 2 pagi, 23 Mei lalu.
Bagaimanapun, Jaslinda bersama seorang lagi rakan pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, berdepan masalah kesihatan yang memaksa mereka menghentikan seketika aktiviti tersebut. Mangsa bagaimanapun dilaporkan nekad meneruskan perjalanan ke puncak dan kelibatnya kali terakhir kelihatan pada 24 Mei sebelum disahkan hilang.
Berita berkaitan
July 17, 2026, 4:27 pm
Pempengaruh media sosial didakwa rogol remaja bawah umur di Kangar, mengaku tidak bersalah
July 17, 2026, 4:24 pm
Anwar bersyukur kadar inflasi negara terus mereda meskipun berdepan suasana pilihan raya
July 17, 2026, 4:19 pm
'Apakah Kerajaan Perpaduan akan tinggal sejarah?' - Mat Sabu persoal hala tuju BN
July 17, 2026, 3:42 pm
Remaja Rohingya tergamak campak bayi baru lahir dari tingkap hotel di JB
July 17, 2026, 3:24 pm
'Kes buli di sekolah sudah jadi penyakit akhlak' - Anwar
July 17, 2026, 2:51 pm
'Saya tidak minta laluan mudah, cuma mahu dinilai atas usaha sendiri' - Nurul Hidayah
July 17, 2026, 2:20 pm
