Berita Dunia
11 maut pesawat bawa peserta payung terjun terhempas di Perancis
STRASBOURG, 29 Jun – Seramai 11 individu maut selepas sebuah pesawat awam yang membawa peserta payung terjun terhempas berhampiran bandar Tomblaine di timur Perancis, hari ini.
Pihak berkuasa memaklumkan, semua mangsa yang terkorban terdiri daripada lima jurulatih payung terjun, lima pelajar dan seorang juruterbang.
Pesawat yang berdaftar di Jerman itu dilaporkan terhempas di kawasan berumput berhampiran landasan Lapangan Terbang Nancy-Essey, berhampiran kawasan perumahan serta dua jalan raya.
Setakat ini, punca nahas masih belum dikenal pasti.
Susulan kejadian, pasukan perubatan dan sokongan psikologi ditempatkan di lapangan terbang bagi membantu ahli keluarga mangsa serta saksi kejadian.
Timbalan Pendakwa Raya Nancy, Amaury Lacote berkata, siasatan teknikal telah dibuka bagi mengenal pasti punca nahas.
Dalam pada itu, pihak polis menggesa orang ramai menerusi platform media sosial X supaya mengelakkan kawasan sekitar lapangan terbang bagi memberi laluan kepada pasukan penyelamat dan memudahkan operasi kecemasan dijalankan.
Berita berkaitan
August 7, 2026, 8:45 pm
Guru maut, 4 cedera insiden tembakan di sekolah Thailand
August 6, 2026, 11:38 am
Kera ekor panjang mengamuk, hampir 20 mangsa cedera parah akibat serangan
August 6, 2026, 10:14 am
Lelaki Malaysia ditahan seludup ganja, syabu RM1.2 juta di Woodlands
August 5, 2026, 4:09 pm
Bawa pekerja islam masuk gereja, tindakan majikan cetus pertikaian ramai
August 4, 2026, 6:07 pm
Ibu ikan lumba-lumba sedih usung bangkai anak ditemani kawan-kawan
July 31, 2026, 2:32 pm
Juruterbang warga Malaysia ditahan di Jakarta, cuba seludup 26kg dadah
July 31, 2026, 11:25 am
Kerajaan Sepanyol arah tentera kawal ratusan migran berenang dari Maghribi ke Ceuta
July 30, 2026, 11:53 am
CCTV rakam kucing kesan gempa bumi lebih awal di Jepun
July 29, 2026, 5:54 pm
Ahli politik Kanada dikecam lepas baca arahan AI masa sidang dewan
July 28, 2026, 6:23 pm
