Berita Jenayah
Tujuan hadiri majlis kahwin, 2 lelaki ditahan miliki cecair disyaki air ketum
KOTA BHARU 5 JULAI - Hasrat dua lelaki untuk menghadiri majlis perkahwinan di negeri ini tidak kesampaian apabila mereka ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) Lalang Pepuyu, dekat Tanah Merah, semalam.
Kedua-dua lelaki berusia 20 dan 29 tahun itu ditahan oleh Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi Op Taring Wawasan Kelantan pada jam 10.30 malam.
Penahanan dibuat selepas pihak berkuasa menemui cecair kehijauan disyaki air ketum dengan anggaran satu liter bernilai kira-kira RM30 dalam kenderaan dinaiki mereka.
Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, anggota menahan Perodua Aruz dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan.
“Pemeriksaan dalam kenderaan menemukan satu beg warna hitam dan satu botol hijau berisi cecair kehijauan disyaki air ketum,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, hasil soal siasat mendapati kedua-dua suspek memaklumkan tujuan ke Kelantan adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan dan kereta yang dinaiki dipinjam daripada abang lelaki berusia 29 tahun itu.
Berita berkaitan
July 17, 2026, 11:19 am
Polis siasat dakwaan tadika di Langkawi abai kanak-kanak, didakwa kunci dalam tandas
July 15, 2026, 3:31 pm
"Raba kemaluan depan wanita" – Warga asing ditahan orang awam di taman permainan Cyberjaya
July 14, 2026, 2:13 pm
Kes jenayah libat warga Rohingya meningkat di Kedah
July 13, 2026, 2:15 pm
Pengkritik bola sepak patah tulang mata lepas dipukul 2 suspek tak dikenali
July 7, 2026, 9:46 am
Bawa lima warga Myanmar, pemandu BMW rempuh tangki air lepas lari sekatan jalan raya
July 5, 2026, 10:57 am
