Berita Sukan
'Bye-bye Cristiano', Sepanyol ragut impian terakhir Ronaldo rangkul Piala Dunia
TEXAS 7 JULAI – Bintang sensasi dunia, Cristiano Ronaldo, menutup tirai kerjayanya tanpa trofi Piala Dunia selepas Portugal tunduk 0-1 kepada Sepanyol dalam aksi pusingan 16 terakhir di Stadium Dallas.
Gol tunggal perlawanan hasil sentuhan klinikal pemain gantian, Mikel Merino, pada minit pertama masa kecederaan babak kedua bukan sahaja memusnahkan harapan musuh ketat mereka, malah rasmi menempah tiket buat skuad La Roja ke peringkat suku akhir.
Sebaik sahaja wisel penamat ditiupkan, Ronaldo yang berusia 41 tahun dilihat gagal menahan sebak sambil mengesat air mata dan memberikan tepukan penghargaan kepada para penyokong.
Bintang lima kali Ballon d'Or itu mengesahkan ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas Piala Dunia namun menegaskan dia pergi dengan hati yang tenang kerana telah memberikan segala-galanya sepanjang 27 penampilan dan 11 gol dalam enam edisi kejohanan Piala Dunia sejak 2006.
Kekalahan itu bagaimanapun mencetuskan kritikan hebat terhadap pengendali Portugal, Roberto Martinez, yang dianggap terlalu memberikan layanan istimewa kepada kaptennya itu.
Martinez dikritik kerana mengekalkan Ronaldo di atas padang selama 90 minit walaupun penyerang veteran itu kelihatan bergelut dan hanya merekodkan 19 sentuhan, sementara penyerang muda berbakat, Goncalo Ramos terus tersisih di bangku simpanan.
Sebaliknya, Sepanyol memanfaatkan taktikal pengurus mereka, Luis de la Fuente, yang membawa masuk Ferran Torres dan Mikel Merino sebagai tunjang gol kemenangan.
Selain ketajaman jentera serangan, kubu pertahanan Sepanyol turut melakar rekod luar biasa sebagai satu-satunya pasukan yang belum melepaskan sebarang gol dalam kempen kali ini, sekali gus menyaksikan penjaga gol Unai Simon mempertahankan rekod bersih tanpa bolos selama 609 minit di pentas dunia.
Kini Portugal terpaksa pulang awal dengan seribu satu persoalan mengenai masa depan skuad kebangsaan mereka pasca-era Cristiano Ronaldo.
Berita berkaitan
July 17, 2026, 5:16 pm
Sepanyol mungkin hilang khidmat Lamine Yamal di pentas final?
July 17, 2026, 4:47 pm
JDT ikat gergasi Scotland Rangers FC 2-2 pada aksi pramusim di Sepanyol
July 17, 2026, 11:12 am
Dua jaringan Bergson hampir buat gergasi Scotland terduduk
July 16, 2026, 11:54 am
Selamat tinggal Noor Al-Rawabdeh, Selangor umum Peter Makrillos sebagai jeneral baharu
July 16, 2026, 6:02 am
Messi arkitek kebangkitan luar biasa Argentina mara ke final Piala Dunia 2026
July 15, 2026, 6:58 pm
Pernah buntu tuntut hutang RM108,000 dari KDA FC, Rosle Md Derus meninggal dunia
July 15, 2026, 5:31 am
Sepanyol mara ke final Piala Dunia 2026 lepas kunci Mbappe
July 12, 2026, 9:38 am
Bellingham bertaraf dunia!
July 10, 2026, 7:15 am
