Berita Berita
Kebakaran rumah teres: Lelaki OKU ditemukan maut terhidu asap tebal
KUANTAN 8 Julai – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) fizikal ditemukan maut selepas dipercayai terhidu asap tebal dalam satu insiden kebakaran rumah teres di Taman Seri Mahkota Jaya di sini, pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Mohd Razam Taja Rahim berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada pukul 9.31 pagi. Kebakaran dilaporkan hanya membabitkan ruang tamu premis berkenaan dengan anggaran kemusnahan sekitar 15 peratus.
“Semasa operasi pemadaman dijalankan, anggota bomba telah menemukan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas katil dengan posisi duduk di dalam sebuah bilik berhampiran ruang tamu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohd Razam menjelaskan, mangsa yang dikenali sebagai G. Vithalinggam, berusia 60-an, tidak mengalami sebarang kesan melecur pada anggota badan. Ketika kejadian berlaku, mangsa dipercayai sedang bersendirian di rumah berikutan adik perempuan serta adik iparnya keluar atas urusan kesihatan di klinik.
Operasi pemadaman tersebut melibatkan kekuatan hampir 20 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas serta BBP Indera Mahkota. Setakat ini, punca sebenar kebakaran serta jumlah nilai kerugian masih lagi dalam proses siasatan pihak bomba.
Sementara itu, adik perempuan mangsa, G. Lomba, 64, berkata dia hanya mengetahui mengenai tragedi malang tersebut selepas dihubungi oleh salah seorang jirannya pada kira-kira pukul 10 pagi.
“Sebelum kami keluar ke klinik pada kira-kira pukul 7 pagi tadi, saya sempat menyediakan sarapan dan melihat abang sudah pun bangun dari tidur,” katanya dalam nada sedih.
Lomba menambah, dia telah menjaga abangnya itu sejak tiga tahun lalu selepas mendiang terpaksa menjalani pembedahan memotong kaki akibat komplikasi penyakit kencing manis yang dihidapinya lebih dua tahun lepas.
Berita berkaitan
July 17, 2026, 4:27 pm
Pempengaruh media sosial didakwa rogol remaja bawah umur di Kangar, mengaku tidak bersalah
July 17, 2026, 4:24 pm
Anwar bersyukur kadar inflasi negara terus mereda meskipun berdepan suasana pilihan raya
July 17, 2026, 4:19 pm
'Apakah Kerajaan Perpaduan akan tinggal sejarah?' - Mat Sabu persoal hala tuju BN
July 17, 2026, 3:42 pm
Remaja Rohingya tergamak campak bayi baru lahir dari tingkap hotel di JB
July 17, 2026, 3:24 pm
'Kes buli di sekolah sudah jadi penyakit akhlak' - Anwar
July 17, 2026, 2:51 pm
'Saya tidak minta laluan mudah, cuma mahu dinilai atas usaha sendiri' - Nurul Hidayah
July 17, 2026, 2:20 pm
