Berita Sukan
Penyokong Argentina simbah arak, kibar bendera Israel pada 'fans' Mesir lepas menang kontroversi
ATLANTA 8 JULAI - Penyokong Mesir kesal dengan tindakan pemain ke-12 Argentina lepas dipercayai menjadi mangsa provokasi selepas skuad La Albiceleste berjaya mara ke pusingan suku akhir pada awal pagi hari ini.
Menerusi rakaman video penyokong-penyokong Mesir, mereka mendakwa disimbah air arak sambil mengherdik sehingga menimbulkan kekecohan di kawasan penonton.
Perbuatan penyokong Argentina itu memaksa pegawai keselamatan untuk terus masuk campur supaya keadaan tidak menjadi lebih parah.
Selain itu, penyokong Argentina turut melakukan provokasi terhadap barisan pemain serta barisan kejurulatihan Mesir dengan sengaja kibar bendera Israel.
Ia susulan sokongan kuat ketua jurulatih Mesir, Hossam Hassan yang mengibarkan bendera Palestin semasa menyambut kemenangan ke atas Australia pada minggu lalu.
Meskipun tewas 2-3 di tangan Argentina, Mesir tetap mendapat pujian rata-rata penyokong bola sepak kerana bermain sangat baik dalam perlawanan itu.
Berita berkaitan
July 17, 2026, 5:16 pm
Sepanyol mungkin hilang khidmat Lamine Yamal di pentas final?
July 17, 2026, 4:47 pm
JDT ikat gergasi Scotland Rangers FC 2-2 pada aksi pramusim di Sepanyol
July 17, 2026, 11:12 am
Dua jaringan Bergson hampir buat gergasi Scotland terduduk
July 16, 2026, 11:54 am
Selamat tinggal Noor Al-Rawabdeh, Selangor umum Peter Makrillos sebagai jeneral baharu
July 16, 2026, 6:02 am
Messi arkitek kebangkitan luar biasa Argentina mara ke final Piala Dunia 2026
July 15, 2026, 6:58 pm
Pernah buntu tuntut hutang RM108,000 dari KDA FC, Rosle Md Derus meninggal dunia
July 15, 2026, 5:31 am
Sepanyol mara ke final Piala Dunia 2026 lepas kunci Mbappe
July 12, 2026, 9:38 am
Bellingham bertaraf dunia!
July 10, 2026, 7:15 am
