Berita Berita
MyExpo Dili 2.0 perkukuh hubungan dagang Malaysia-Timor-Leste, 25 syarikat tempatan teroka peluang pelaburan
DILI, TIMOR-LESTE 8 Julai – Penganjuran Malaysia Expo Dili 2.0 (MyExpo Dili 2.0) membuka ruang lebih luas kepada syarikat Malaysia meneroka peluang perdagangan, pelaburan serta kerjasama ekonomi baharu bersama Timor-Leste.
Ekspo perdagangan antarabangsa yang berlangsung selama dua hari bermula 7 hingga 8 Julai itu menghimpunkan delegasi terdiri daripada 25 syarikat Malaysia dan 35 wakil perdagangan bagi meneroka potensi pasaran serta peluang kerjasama dalam ekonomi negara berkenaan.
Acara berkenaan dianjurkan oleh My Events International dan berlangsung di Dili Convention Centre, dengan penyertaan pelbagai pemain industri yang berminat mengembangkan jaringan perniagaan di pasaran Timor-Leste yang sedang berkembang.
Majlis pembukaan MyExpo Dili 2.0 diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Luar Negeri Republik Demokratik Timor-Leste, Jesvina Gomez.
Turut hadir ialah Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Malaysia di Dili, Jemimah Ujang; Pengarah Weststar Aviation, Datuk Anuar Noordin; Pengarah Tourism Malaysia Jakarta, Mr Hairi serta barisan pemimpin industri, tokoh perniagaan dan wakil media antarabangsa.
Penganjuran edisi kedua MyExpo Dili itu berlangsung pada detik penting selepas Timor-Leste secara rasmi diterima menyertai ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur tahun lalu.
Menurut My Events International, MyExpo Dili 2.0 bukan sekadar acara perdagangan, sebaliknya menjadi pemangkin ekonomi jangka panjang yang bertujuan memperkukuh hubungan dua hala serta membuka laluan kepada kerjasama strategik antara kedua-dua negara.
Pengurus Besar My Events International, Dailan Muhammad Ravi berkata, pihaknya komited membangunkan rangka kerja ekonomi mampan di Timor-Leste termasuk meneroka kemungkinan mewujudkan tapak operasi tetap di Dili bagi membawa lebih banyak acara perdagangan dan persidangan antarabangsa ke negara itu.
Delegasi syarikat Malaysia yang menyertai ekspo berkenaan mewakili pelbagai sektor ekonomi, termasuk bidang pelaburan langsung asing (FDI), industri kreatif serta pembangunan kapasiti tempatan.
Sepanjang dua hari penganjuran, MyExpo Dili 2.0 turut menyediakan platform padanan perniagaan (B2B), sesi meja bulat rentas sempadan serta peluang rangkaian antara komuniti perniagaan Malaysia dan Timor-Leste.
MyExpo Dili 2.0 disokong oleh Weststar Aviation sebagai rakan strategik, selain Tourism Malaysia, MIMCOIN dan TF Entertainment sebagai rakan sokongan. Batik Air, Hotel Timor dan Telkomcel pula bertindak sebagai rakan rasmi bagi aspek penerbangan, penginapan serta telekomunikasi.
Berita berkaitan
July 17, 2026, 4:27 pm
Pempengaruh media sosial didakwa rogol remaja bawah umur di Kangar, mengaku tidak bersalah
July 17, 2026, 4:24 pm
Anwar bersyukur kadar inflasi negara terus mereda meskipun berdepan suasana pilihan raya
July 17, 2026, 4:19 pm
'Apakah Kerajaan Perpaduan akan tinggal sejarah?' - Mat Sabu persoal hala tuju BN
July 17, 2026, 3:42 pm
Remaja Rohingya tergamak campak bayi baru lahir dari tingkap hotel di JB
July 17, 2026, 3:24 pm
'Kes buli di sekolah sudah jadi penyakit akhlak' - Anwar
July 17, 2026, 2:51 pm
'Saya tidak minta laluan mudah, cuma mahu dinilai atas usaha sendiri' - Nurul Hidayah
July 17, 2026, 2:20 pm
