Berita Jenayah
Ugut nak pecah muka ‘Abang Koroy’ masa live TikTok, warga emas ‘Rahim Bai’ direman 3 hari
SUBANG JAYA 9 Julai – Seorang lelaki warga emas yang dikenali sebagai ‘Rahim Bai’ ditahan pihak polis selepas disyaki mengeluarkan ugutan jenayah terhadap seorang pempengaruh media sosial lelaki dalam satu kejadian di Kampung Sri, Langkas Puchong, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, insiden tersebut dipercayai berlaku sekitar pukul 5.30 petang sewaktu pengadu bersama beberapa rakannya sedang mengadakan sesi siaran langsung (live) di aplikasi TikTok.
“Semasa sesi siaran langsung berlangsung, beberapa lelaki tempatan telah datang ke lokasi dan melarang pengadu daripada membuat sebarang rakaman di kawasan berkenaan.
“Salah seorang lelaki yang dikenali sebagai Rahim Bai kemudiannya telah mengeluarkan ugutan terhadap pengadu dengan menyatakan bahawa sekiranya rakaman tersebut menjadi tular, beliau akan memecahkan muka pengadu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Wan Azlan menjelaskan, pengadu yang merasa terancam dan bimbang akan keselamatan dirinya ekoran ugutan keras tersebut bertindak membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Susulan laporan itu, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya telah digerakkan dan berjaya menahan suspek yang berusia 65 tahun itu di sekitar Subang Jaya pada pukul 4.20 petang, semalam.
“Suspek telah dibawa ke mahkamah dan perintah tahanan reman telah dibenarkan selama tiga hari sehingga 11 Julai ini bagi membantu siasatan. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” ujarnya.
Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai ‘Abang Koroy’ mendakwa dirinya telah diancam fizikal oleh seorang individu ketika sedang membuat siaran langsung di kawasan terbabit.
Berita berkaitan
August 10, 2026, 12:07 pm
Lelaki Pakistan guna logo Imigresen pada kenderaan ditahan dalam 24 jam
August 9, 2026, 1:54 pm
Lelaki Bangladesh ditahan tetak rakan serumah di Cheras Baru
August 9, 2026, 1:50 pm
Imigresen siasat kenderaan dipandu warga asing guna logo jabatan
August 7, 2026, 11:35 am
Geng curi lembu tumpas, 10 ditahan bersama 32 ekor lembu di Kelantan
August 6, 2026, 10:17 am
Kes penemuan tulang manusia di Behor Mali diklasifikasi sebagai kes bunuh
August 4, 2026, 5:38 pm
Warga asing ditahan disyaki pukul, ugut penuntut tempatan di Sungai Besi
August 4, 2026, 11:56 am
Angkara hutang, mayat dibungkus jaring dicampak ke sungai
August 3, 2026, 10:50 am
Ejen haram e-PLKS palsu tumpas dalam operasi khas Imigresen
August 3, 2026, 9:49 am
Dua lelaki ditahan libas parang selepas berang 'diberi' lampu tinggi
July 31, 2026, 9:44 am
