Berita Viral
'Kita bayar bukan untuk bahayakan diri' - Tular pemandu Grab layan drama ketika perjalanan, netizen desak laporan dibuat
Oleh AZIM SAID
KUANTAN 14 Julai - Seorang pengguna media sosial meluahkan rasa tidak puas hati selepas mendakwa seorang pemandu e-hailing memandu sambil menonton drama ketika membawa penumpang.
Menerusi hantaran di media sosial pengguna berkenaan mendakwa pemandu tersebut dilihat memberi tumpuan kepada telefon bimbit sepanjang perjalanan, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penumpang.
“Sumpah pemandu Grab ni bahaya sebab memandu sambil tengok drama. Tolonglah bawa penumpang tu elok-elok, kita bayar bukan untuk bahayakan diri,” tulis pengguna berkenaan dalam hantaran tersebut.
Beliau turut mendakwa perkara itu berlaku sejak awal perjalanan sehingga ke rumah penumpang.
Hantaran tersebut turut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata mempersoalkan tindakan pemandu berkenaan jika dakwaan itu benar.
Seorang pengguna, high_sand46, mencadangkan supaya laporan dibuat kepada pihak Grab agar tindakan sewajarnya dapat diambil.
“Lapor kepada grabmy bagi sekali nombor perjalanan nanti diaorang ambil tindakan,” katanya.
Sementara itu, imranhosni_2 berkata pemandu sepatutnya memberi tumpuan sepenuhnya ketika memandu kerana melibatkan keselamatan penumpang.
“Patut tegur je dia. Fokus la memandu dulu. Bahaya lah kalau tengok talefon,” tulisnya.
Selain itu, pengguna zikozimbo turut mencadangkan supaya tindakan diambil kerana mendakwa perbuatan itu tidak wajar bagi seorang pemandu e-hailing.
“Boleh buat laporan kerana pemandu ini memandu dalam keadaan bahaya dan tidak mengikut etika sebagai seorang pemandu E-hailing,” katanya.
Namun, setakat ini tiada pengesahan rasmi daripada pihak Grab berhubung dakwaan berkenaan.
Penumpang dinasihatkan menggunakan saluran aduan rasmi sekiranya berdepan situasi yang boleh menjejaskan keselamatan perjalanan.
Berita berkaitan
August 10, 2026, 5:53 pm
Detik cemas ibu dukung bayi berdepan penyamun di Batu Gajah
August 10, 2026, 1:44 pm
Wanita putus selera rakam aksi lelaki buang air kecil dalam restoran
August 10, 2026, 10:26 am
Pemandu nyaris kemalangan, sempat elak kereta pandu lawan arus di Kajang
August 7, 2026, 3:53 pm
'Kesian tengok muka mangsa', Hilux rempuh Ativa lepas gagal potong lori di Cameron Highland
August 7, 2026, 9:50 am
Penumpang cuba buka pintu kecemasan semasa penerbangan KL ke India
August 6, 2026, 5:27 pm
'Diorang kata kakak gemuk', ibu luah rasa sedih anak lari peluk lepas sampai sekolah
August 6, 2026, 8:56 am
Pemandu dipercayai warga asing ketawa lepas langgar kereta, lari bayar tol di KL
August 4, 2026, 10:53 am
'Saya tiada duit', pelancong India selamba keluar 'Grab' lepas sampai destinasi
August 3, 2026, 5:26 pm
Bunyi jeritan, ketukan wanita misteri di M Tower Empire City cetus kebimbangan penduduk
August 3, 2026, 10:25 am
