Berita Berita
'Saya tidak minta laluan mudah, cuma mahu dinilai atas usaha sendiri' - Nurul Hidayah
KUALA LUMPUR 17 Julai - Anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Nurul Hidayah meluahkan hasrat agar dirinya dinilai berdasarkan usaha dan khidmat yang dilakukan, bukannya latar belakang keluarganya.
Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial, Nurul Hidayah berkata, beliau tidak pernah mengharapkan layanan istimewa atau laluan mudah dalam apa jua perkara yang dilakukan.
Sebaliknya, beliau hanya berharap setiap usaha dan sumbangannya dinilai secara adil berdasarkan prestasi serta kemampuan diri.
"Saya tidak pernah minta laluan mudah. Saya cuma berharap dinilai atas kerja dan khidmat yang saya lakukan.
"Kalau saya ditolak kerana saya belum cukup baik, saya boleh terima," katanya.
Menurut beliau, apa yang sukar diterima adalah sekiranya penolakan terhadap dirinya berlaku semata-mata kerana statusnya sebagai anak kepada seorang tokoh politik.
"Tetapi jika satu-satunya sebab saya ditolak kerana saya anak seseorang, itu sangat berat untuk saya terima.
"Saya tidak boleh pilih siapa orang tua saya," katanya.
Nurul Hidayah turut mengakui tidak mengharapkan semua pihak memahami situasi yang dihadapinya, namun berharap orang ramai menyedari bahawa beliau juga mempunyai perasaan seperti insan lain.
"Saya tak minta orang faham pun. Sekadar nak kongsi, saya pun ada perasaan," katanya.
Kenyataan itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial, dengan sebahagian menyatakan sokongan terhadap pendiriannya agar setiap individu dinilai berdasarkan merit dan sumbangan, manakala sebahagian lagi mengaitkannya dengan persepsi umum terhadap anak-anak pemimpin politik.
Berita berkaitan
August 10, 2026, 9:03 pm
Rafizi dakwa kerajaan Madani belum lunaskan komitmen RM12.5 bilion kepada Tabung Haji
August 10, 2026, 8:36 pm
Wong Chen letak jawatan ahli parlimen, PRK Subang bakal menyusul
August 10, 2026, 4:13 pm
JPN sahkan anak lelaki warga Bangladesh layak miliki MyKad
August 10, 2026, 3:54 pm
Myanmar sedia bawa pulang 5,000 pelarian menggunakan kapal - Tok Mat
August 10, 2026, 3:01 pm
Rafizi dakwa Kerajaan Madani gagal bayar penuh komitmen pulihkan Tabung Haji
August 10, 2026, 2:53 pm
Polis serbu penempatan warga asing buru suspek rogol wanita OKU
August 10, 2026, 2:49 pm
Polis tumpaskan sindiket culik warga asing, dua suspek ditembak mati
August 10, 2026, 2:44 pm
Jangan biarkan kelompok ekstremis rosakkan perpaduan - Kor Ming
August 10, 2026, 1:17 pm
