Berita Viral
Samseng datang halau, wanita Orang Asli dakwa suami ditahan polis lepas pertahan tanah adat
KUALA LUMPUR 17 JULAI - Tular di media sosial ketika ini apabila seorang wanita Orang Asli yang dikenali sebagai Juliana mendakwa suaminya ditahan pihak polis selepas mempertahankan tanah adat yang telah diceroboh.
Wanita itu turut mendakwa mereka dihalau oleh sekumpulan samseng dan tanah adat mereka telah dikosongkan secara paksa.
Keadaan di kawasan berkenaan masih berterusan apabila rumah beberapa penduduk didakwa terus dipecahkan.
"Sekarang rumah masih dipecahkan. Semalam pun ada. Suami saya ditangkap kerana pertahan tanah adat kami. Gangster usir kami dan tanah kami dikosongkan,” jelasnya.
Juliana turut meluahkan kebimbangan terhadap nasib keluarganya yang mempunyai anak kecil serta berdepan kesukaran kewangan.
“Kami susah, kami tak ada duit. Kami ada anak kecil. Mahu ke mana?” katanya.
Dalam video lain, seorang lelaki yang dipercayai suaminya menunjukkan tanah adat mereka yang dibakar dan dirosakkan segala tanaman sekali gus hilang punca pendapatan.
Dalam perkembangan berkaitan, Juliana mendakwa suaminya dibawa ke Mahkamah Majistret Maran untuk proses reman selepas ditahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Kini Juliana berhasrat untuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyampaikan rayuan berhubung isu berkenaan.
Dalam luahan yang dikongsikan, Juliana berkata dia tidak tahu lagi tempat untuk mengadu dan nekad untuk hadir ke kediaman Perdana Menteri di Bandar Long, Kajang.
Berita berkaitan
August 10, 2026, 5:53 pm
Detik cemas ibu dukung bayi berdepan penyamun di Batu Gajah
August 10, 2026, 1:44 pm
Wanita putus selera rakam aksi lelaki buang air kecil dalam restoran
August 10, 2026, 10:26 am
Pemandu nyaris kemalangan, sempat elak kereta pandu lawan arus di Kajang
August 7, 2026, 3:53 pm
'Kesian tengok muka mangsa', Hilux rempuh Ativa lepas gagal potong lori di Cameron Highland
August 7, 2026, 9:50 am
Penumpang cuba buka pintu kecemasan semasa penerbangan KL ke India
August 6, 2026, 5:27 pm
'Diorang kata kakak gemuk', ibu luah rasa sedih anak lari peluk lepas sampai sekolah
August 6, 2026, 8:56 am
Pemandu dipercayai warga asing ketawa lepas langgar kereta, lari bayar tol di KL
August 4, 2026, 10:53 am
'Saya tiada duit', pelancong India selamba keluar 'Grab' lepas sampai destinasi
August 3, 2026, 5:26 pm
Bunyi jeritan, ketukan wanita misteri di M Tower Empire City cetus kebimbangan penduduk
August 3, 2026, 10:25 am
