Berita Sukan
Piala Hyundai ASEAN: Harimau Malaya bangkit tumbangkan Myanmar
YANGON 25 JULAI - Dua jaringan Paulo Josue memacu kebangkitan Malaysia menewaskan Myanmar 2-1 dalam saingan Kumpulan B, Piala Hyundai ASEAN 2026 di di Stadium Thuwunna, sebentar tadi.
Pemain tengah Myanmar, Myat Kaung Khant, muncul penjaring tunggal dalam babak pertama perlawanan selepas mudah menewaskan Azri Ghani seawal minit ke-10, meskipun Malaysia mendominasi aksi di Yangon itu, namun terpaksa akur masuk ke bilik persalinan dengan ketinggalan 0-1.
Separuh masa kedua pula menyaksikan Malaysia kembali mempertajamkan jentera serangan dengan kemasukan beberapa tenaga baru, hasilnya Paulo Josue meledak gol pada minit ke-52 sebelum menambah derita Myanmar di laman sendiri selang enam minit kemudian selepas Malaysia dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-57.
Keputusan 2-1 itu kekal hingga wisel penamat, meskipun anak buah Jorn Andersen giat mengasak kubu pertahanan negara pada penghujung perlawanan, namun sudah terlambat untuk tempoh 90 minit berakhir dengan kemenangan 2-1 milik Harimau Malaya.
Untuk rekod, kemenangan itu juga menyaksikan pemain tengah negara, Wan Kuzain, melakukan debut pertama buat kem kebangsaan.
Malaysia akan meneruskan saingan berdepan Laos dalam aksi kedua Kumpulan B pada Selasa depan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
Berita berkaitan
August 10, 2026, 11:31 am
Pengendali JDT dedah rahsia ikat Chelsea 3-3
August 9, 2026, 9:00 am
Bapa Lionel Messi, Jorge Horacio Messi meninggal dunia pada usia 68 tahun
August 9, 2026, 8:50 am
"Ujian getir menanti" — Cheng Hoe gesa fokus pemulihan pantas sebelum tentang Vietnam
July 29, 2026, 11:20 am
Selangor pesta gol benam Ratchaburi
July 29, 2026, 10:17 am
Jaringan roket 'debut' Wan Kuzain bawa Malaysia ungguli Kumpulan B
July 27, 2026, 7:26 pm
Mohamad Aniq dapat habuan kerajaan Johor susulan emas Sukan Komanwel
July 26, 2026, 8:18 pm
