Berita Sukan
Mohamad Aniq dapat habuan kerajaan Johor susulan emas Sukan Komanwel
JOHOR BAHRU, 27 Julai — Jaguh angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan yang menyumbangkan pingat emas pertama Malaysia di Sukan Komanwel Glasgow 2026 bakal menerima habuan daripada Kerajaan Negeri Johor.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd Hairi Mad Shah berkata, kejayaan atlet anak jati Johor itu bukan sahaja mengharumkan nama negara, malah mencipta sejarah dengan jumlah angkatan 273 kilogram (kg) serta memecahkan rekod kejohanan bagi kategori 60kg.
"Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Mohamad Aniq Kasdan atas kejayaan cemerlang mempertahankan pingat emas Sukan Komanwel 2026.
"Untuk peringkat Majlis Sukan Negeri Johor, memang ada habuan menanti beliau. Manakala untuk ganjaran yang lebih besar, saya akan berbincang dengan Menteri Besar," katanya selepas perjumpaan bersama persatuan-persatuan sukan negeri di Kota Iskandar, hari ini.
Mohd Hairi menambah, semangat juang dan pengorbanan Aniq patut dijadikan contoh oleh atlet muda, sekali gus membuktikan anak Johor mampu bersaing di persada antarabangsa apabila diberikan sokongan padu.
Selain Mohamad Aniq, lima lagi atlet Johor turut mengalas cabaran negara di Glasgow iaitu Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nur Allysa Mohd Farid (berbasikal trek), Amirul Danial Abdul Rahim (boling padang), Muhammad Nabil Wafiq Zamri (para berbasikal trek), serta Muhammad Nur Syaiful Zulkfli (para akuatik).
Berita berkaitan
August 10, 2026, 11:31 am
Pengendali JDT dedah rahsia ikat Chelsea 3-3
August 9, 2026, 9:00 am
Bapa Lionel Messi, Jorge Horacio Messi meninggal dunia pada usia 68 tahun
August 9, 2026, 8:50 am
"Ujian getir menanti" — Cheng Hoe gesa fokus pemulihan pantas sebelum tentang Vietnam
July 29, 2026, 11:20 am
Selangor pesta gol benam Ratchaburi
July 29, 2026, 10:17 am
Jaringan roket 'debut' Wan Kuzain bawa Malaysia ungguli Kumpulan B
July 26, 2026, 8:18 pm
Malaysia sah hos GP Bahrain Formula 1 di Litar Sepang
July 25, 2026, 8:51 pm
