Berita Jenayah
Mudir madrasah didakwa tiga pertuduhan amang seksual murid lelaki di Tumpat
PASIR MAS 30 Julai – Seorang mudir sebuah madrasah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap tiga murid lelaki berusia antara 10 hingga 11 tahun di sebuah madrasah di Tumpat, antara 2023 dan 2024.
Tertuduh, Mohamad Badrul Abd Rahim, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah.
Berdasarkan ketiga-tiga pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap tiga kanak-kanak lelaki yang juga anak muridnya berusia antara 10 tahun 10 bulan hingga 11 tahun lapan bulan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah madrasah di Taman Sri Bayu, Tumpat, antara jam 1 pagi hingga 10 malam dalam tempoh Februari 2023 hingga November 2024.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama, dibaca bersama Seksyen 16(1) akta berkenaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyha Nai'lah Harizan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM45,000 bagi semua pertuduhan selain syarat tertuduh tidak mengganggu saksi sepanjang prosiding berlangsung.
Bagaimanapun, tertuduh memohon jaminan minimum atas alasan tidak mempunyai pekerjaan.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM30,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin.
Selain itu, mahkamah turut mengenakan syarat tambahan supaya tertuduh melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan serta tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.
Mahkamah menetapkan 26 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Berita berkaitan
August 10, 2026, 12:07 pm
Lelaki Pakistan guna logo Imigresen pada kenderaan ditahan dalam 24 jam
August 9, 2026, 1:54 pm
Lelaki Bangladesh ditahan tetak rakan serumah di Cheras Baru
August 9, 2026, 1:50 pm
Imigresen siasat kenderaan dipandu warga asing guna logo jabatan
August 7, 2026, 11:35 am
Geng curi lembu tumpas, 10 ditahan bersama 32 ekor lembu di Kelantan
August 6, 2026, 10:17 am
Kes penemuan tulang manusia di Behor Mali diklasifikasi sebagai kes bunuh
August 4, 2026, 5:38 pm
Warga asing ditahan disyaki pukul, ugut penuntut tempatan di Sungai Besi
August 4, 2026, 11:56 am
Angkara hutang, mayat dibungkus jaring dicampak ke sungai
August 3, 2026, 10:50 am
Ejen haram e-PLKS palsu tumpas dalam operasi khas Imigresen
August 3, 2026, 9:49 am
Dua lelaki ditahan libas parang selepas berang 'diberi' lampu tinggi
July 31, 2026, 9:44 am
