Berita Dunia
Juruterbang warga Malaysia ditahan di Jakarta, cuba seludup 26kg dadah
JAKARTA, 31 Julai — Pihak berkuasa kastam Indonesia menahan seorang juruterbang warga Malaysia selepas didakwa cuba menyeludup 26 kilogram (kg) dadah jenis MDMA ke Jakarta ketika sedang bertugas, selain didapati berada di bawah pengaruh dadah.
Pegawai Kastam Indonesia, Hengky Tomuan Parlindungan Aritonang berkata, suspek lelaki berinisial MS dan berusia 39 tahun itu diberkas di lapangan terbang utama Jakarta pada Khamis.
Menurut beliau, MS telah ditetapkan sebagai suspek jenayah selepas dikesan membawa bekalan MDMA berkenaan di dalam sebuah beg pakaian atas arahan individu lain dengan dijanjikan bayaran sebanyak RM50,000.
"Ujian air kencing mendapati juruterbang itu berada di bawah pengaruh kokain dan metamfetamin. Siasatan awal mendapati juruterbang itu dipercayai bertindak sebagai kurier dadah," katanya sambil memaklumkan pihak berkuasa Indonesia dan Malaysia kini berhubung rapat bagi menjalankan siasatan lanjut.
Indonesia terkenal dengan penguatkuasaan undang-undang dadah yang sangat ketat, termasuk hukuman mati terhadap pesalah yang disabitkan kesalahan menyeludup bahan terlarang berkenaan.
Berita berkaitan
August 7, 2026, 8:45 pm
Guru maut, 4 cedera insiden tembakan di sekolah Thailand
August 6, 2026, 11:38 am
Kera ekor panjang mengamuk, hampir 20 mangsa cedera parah akibat serangan
August 6, 2026, 10:14 am
Lelaki Malaysia ditahan seludup ganja, syabu RM1.2 juta di Woodlands
August 5, 2026, 4:09 pm
Bawa pekerja islam masuk gereja, tindakan majikan cetus pertikaian ramai
August 4, 2026, 6:07 pm
Ibu ikan lumba-lumba sedih usung bangkai anak ditemani kawan-kawan
July 31, 2026, 11:25 am
Kerajaan Sepanyol arah tentera kawal ratusan migran berenang dari Maghribi ke Ceuta
July 30, 2026, 11:53 am
CCTV rakam kucing kesan gempa bumi lebih awal di Jepun
July 29, 2026, 5:54 pm
Ahli politik Kanada dikecam lepas baca arahan AI masa sidang dewan
July 28, 2026, 6:23 pm
