Berita Jenayah
Dua lelaki ditahan libas parang selepas berang 'diberi' lampu tinggi
KULAI, 3 Ogos — Dua lelaki ditahan polis di Forest City, Gelang Patah semalam selepas bertindak melibas parang ke arah sebuah kenderaan akibat tidak berpuas hati diberi lampu tinggi.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, penahanan suspek berusia 26 dan 30 tahun itu dibuat susulan laporan polis yang diterima pada jam 8.04 pagi berhubung kejadian di jambatan bertingkat Senai menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.
Kejadian berpunca daripada tindakan suspek memotong masuk ke lorong kanan secara mengejut dengan kelajuan perlahan sehingga menyebabkan pengadu memberikan lampu tinggi secara berterusan.
Suspek yang berang kemudiannya memotong lalu berhenti secara mengejut di hadapan kereta pengadu sebelum seorang daripadanya keluar membawa parang dan melibas bahagian bonet kenderaan berkenaan.
Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai berjaya menahan dua daripada empat lelaki terbabit pada jam 7.10 malam hari yang sama serta merampas sebilah parang berukuran 30 sentimeter dan barang kes lain.
Hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif dadah dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 506, Seksyen 427, serta Seksyen 279 Kanun Keseksaan.
Berita berkaitan
August 10, 2026, 12:07 pm
Lelaki Pakistan guna logo Imigresen pada kenderaan ditahan dalam 24 jam
August 9, 2026, 1:54 pm
Lelaki Bangladesh ditahan tetak rakan serumah di Cheras Baru
August 9, 2026, 1:50 pm
Imigresen siasat kenderaan dipandu warga asing guna logo jabatan
August 7, 2026, 11:35 am
Geng curi lembu tumpas, 10 ditahan bersama 32 ekor lembu di Kelantan
August 6, 2026, 10:17 am
Kes penemuan tulang manusia di Behor Mali diklasifikasi sebagai kes bunuh
August 4, 2026, 5:38 pm
Warga asing ditahan disyaki pukul, ugut penuntut tempatan di Sungai Besi
August 4, 2026, 11:56 am
Angkara hutang, mayat dibungkus jaring dicampak ke sungai
August 3, 2026, 10:50 am
Ejen haram e-PLKS palsu tumpas dalam operasi khas Imigresen
July 31, 2026, 9:44 am
