Berita Jenayah
Ejen haram e-PLKS palsu tumpas dalam operasi khas Imigresen
Oleh AZRUL RADI
PUTRAJAYA, 3 Ogos — Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menahan lapan warganegara Myanmar dalam satu Operasi Khas di Bandar Mahkota Cheras, Selangor selepas membongkar kegiatan sindiket ejen haram penawaran Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu.
Operasi yang digerakkan oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya pada jam 3.50 petang Sabtu lalu itu premis kediaman yang dijadikan lokasi perlindungan serta pengurusan pekerja asing secara haram.
Siasatan awal mendapati suspek utama iaitu seorang wanita Myanmar berperanan sebagai ejen haram yang mempunyai kaitan dengan 'dalang utama' yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam Op Crack sebelum ini.
Turut ditahan dalam serbuan tersebut ialah seorang lelaki dan enam wanita Myanmar berumur 29 hingga 56 tahun yang dipercayai sedang menunggu untuk dibekalkan kepada majikan di sekitar Lembah Klang.
Semakan dokumen mendapati suspek ejen memiliki PLKS Sektor Perkhidmatan, manakala empat lagi tinggal lebih masa dan tiga yang lain tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.
Pihak berkuasa turut menyita 16 naskhah pasport Myanmar, salinan PLKS dipercayai palsu, dokumen pembekalan pekerja, serta sebuah kenderaan jenis Toyota Yaris yang digunakan oleh sindiket berkenaan.
Sindiket yang dipercayai beroperasi sejak awal tahun ini mengenakan bayaran antara RM8,000 hingga RM10,000 bagi setiap pekerja asing dengan menawarkan e-PLKS secara tidak sah menerusi sistem JIM yang dipercayai telah diceroboh.
Kesemua suspek kini dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya bagi siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966 manakala usaha mengesan rangkaian tindakan sindiket diteruskan secara menyeluruh.
Berita berkaitan
August 10, 2026, 12:07 pm
Lelaki Pakistan guna logo Imigresen pada kenderaan ditahan dalam 24 jam
August 9, 2026, 1:54 pm
Lelaki Bangladesh ditahan tetak rakan serumah di Cheras Baru
August 9, 2026, 1:50 pm
Imigresen siasat kenderaan dipandu warga asing guna logo jabatan
August 7, 2026, 11:35 am
Geng curi lembu tumpas, 10 ditahan bersama 32 ekor lembu di Kelantan
August 6, 2026, 10:17 am
Kes penemuan tulang manusia di Behor Mali diklasifikasi sebagai kes bunuh
August 4, 2026, 5:38 pm
Warga asing ditahan disyaki pukul, ugut penuntut tempatan di Sungai Besi
August 4, 2026, 11:56 am
Angkara hutang, mayat dibungkus jaring dicampak ke sungai
August 3, 2026, 9:49 am
Dua lelaki ditahan libas parang selepas berang 'diberi' lampu tinggi
July 31, 2026, 9:44 am
