Berita Berita
Sanusi hantar LOD kepada Kor Ming, 2 lagi isu putar belit kenyataan sejarah
ALOR SETAR, 4 Ogos — Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyerahkan surat tuntutan (Letter of Demand - LOD) kepada tiga lagi individu termasuk Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming berhubung isu dakwaan memutar belit kenyataan sejarah beliau.
Muhammad Sanusi memaklumkan dua lagi individu terbabit ialah bekas ADUN DAP Skudai, Marina Ibrahim dan Salim Abd Rahman, selain LOD terdahulu yang diserahkan kepada Dr Sathia Prakash Nadarajan.
Menurut beliau, tindakan undang-undang itu diambil susulan kenyataan ceramahnya di Negeri Sembilan didakwa diulas di luar konteks sebenar serta ditokok tambah, terutamanya tuduhan kononnya beliau mengeluarkan perkataan 'balik'.
Semua pihak yang menerima LOD diberikan tempoh tujuh hari untuk membuat permohonan maaf dan berhubung dengan pasukan peguamnya sebelum tindakan mahkamah meneruskan proses perbicaraan.
Dalam pada itu, Muhammad Sanusi mengesahkan telah selesai memberi keterangan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Alor Setar pada Ahad lalu bagi membantu siasatan berhubung rakaman percakapan ceramah berkenaan.
Berita berkaitan
August 10, 2026, 9:03 pm
Rafizi dakwa kerajaan Madani belum lunaskan komitmen RM12.5 bilion kepada Tabung Haji
August 10, 2026, 8:36 pm
Wong Chen letak jawatan ahli parlimen, PRK Subang bakal menyusul
August 10, 2026, 4:13 pm
JPN sahkan anak lelaki warga Bangladesh layak miliki MyKad
August 10, 2026, 3:54 pm
Myanmar sedia bawa pulang 5,000 pelarian menggunakan kapal - Tok Mat
August 10, 2026, 3:01 pm
Rafizi dakwa Kerajaan Madani gagal bayar penuh komitmen pulihkan Tabung Haji
August 10, 2026, 2:53 pm
Polis serbu penempatan warga asing buru suspek rogol wanita OKU
August 10, 2026, 2:49 pm
Polis tumpaskan sindiket culik warga asing, dua suspek ditembak mati
August 10, 2026, 2:44 pm
Jangan biarkan kelompok ekstremis rosakkan perpaduan - Kor Ming
August 10, 2026, 1:17 pm
