Berita Berita
'Jika patuh SOP, Rocky takkan mati' - Aktivis haiwan desak tindakan terhadap MBDK
KLANG 5 Ogos - Sekumpulan aktivis kebajikan haiwan mendakwa prosedur operasi standard (SOP) dalam operasi penangkapan anjing liar yang mengakibatkan kematian anjing dikenali sebagai Rocky tidak dipatuhi, sekali gus menggesa tindakan tegas diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab.
Dakwaan itu disuarakan oleh wakil aktivis hak haiwan dan peguam, Rajesh Nagarajan ketika menyertai perhimpunan aman di luar bangunan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) di sini, petang tadi.
Terdahulu, lebih 70 individu termasuk aktivis kebajikan haiwan berhimpun bagi menuntut keadilan buat Rocky serta menggesa siasatan dijalankan secara telus.
Menurut wakil aktivis, penelitian terhadap garis panduan operasi mendapati terdapat beberapa prosedur yang didakwa tidak dipatuhi ketika operasi tangkapan dijalankan sehingga menyebabkan kematian haiwan tersebut.
Beliau mendakwa penggunaan gelung penangkap (catch pole) serta kaedah pengendalian terhadap Rocky tidak selari dengan SOP yang ditetapkan dan menggesa perkara itu disiasat secara menyeluruh.
"Kami bukan menentang operasi menangkap anjing liar. Apa yang kami tuntut ialah setiap operasi dilaksanakan mengikut SOP serta mengutamakan kebajikan haiwan.
"Jika benar SOP dipatuhi, kami mahu pihak berkuasa menjelaskan bagaimana insiden sehingga menyebabkan kematian Rocky boleh berlaku," katanya.
Sehubungan itu, kumpulan berkenaan menggesa MBDK mendedahkan SOP yang digunakan dalam operasi tersebut serta mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak sekiranya didapati berlaku pelanggaran prosedur.
Sebelum ini, Datuk Bandar MBDK, Datuk Abd. Hamid Hussain menegaskan operasi tersebut dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan, manakala polis memaklumkan kertas siasatan kes kematian Rocky telah dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.
Berita berkaitan
August 10, 2026, 9:03 pm
Rafizi dakwa kerajaan Madani belum lunaskan komitmen RM12.5 bilion kepada Tabung Haji
August 10, 2026, 8:36 pm
Wong Chen letak jawatan ahli parlimen, PRK Subang bakal menyusul
August 10, 2026, 4:13 pm
JPN sahkan anak lelaki warga Bangladesh layak miliki MyKad
August 10, 2026, 3:54 pm
Myanmar sedia bawa pulang 5,000 pelarian menggunakan kapal - Tok Mat
August 10, 2026, 3:01 pm
Rafizi dakwa Kerajaan Madani gagal bayar penuh komitmen pulihkan Tabung Haji
August 10, 2026, 2:53 pm
Polis serbu penempatan warga asing buru suspek rogol wanita OKU
August 10, 2026, 2:49 pm
Polis tumpaskan sindiket culik warga asing, dua suspek ditembak mati
August 10, 2026, 2:44 pm
Jangan biarkan kelompok ekstremis rosakkan perpaduan - Kor Ming
August 10, 2026, 1:17 pm
