Berita Berita
'Menteri apa ni?' - Aktivis haiwan dakwa kerajaan tak layan aktivis haiwan beri cadangan tangani isu anjing terbiar
KUALA LUMPUR 5 Ogos - Aktivis hak kebajikan haiwan menggesa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming serta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakan segera bagi menangani isu anjing terbiar yang disifatkan semakin membimbangkan di seluruh negara.
Menurut Shashi Kumar, pelbagai cadangan telah dikemukakan kepada KPKT dan kerajaan sejak tahun lalu, namun sehingga kini masih belum menerima maklum balas yang memuaskan.
Dakwanya, pihaknya telah beberapa kali mengadakan pertemuan dengan KPKT bagi membincangkan penyelesaian jangka panjang termasuk kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), namun usaha tersebut tidak menunjukkan sebarang perkembangan.
"Kita dah pergi pejabat dua kali. Dah berapa kali bagi cadangan, tapi dia buat bodoh. Dia buat tak tahu. Menteri apa ni?" katanya.
Terdahulu, beliau bersama lebih 70 orang termasuk aktivis menyertai perhimpunan aman mengenai isu itu di luar perkarangan bangunan MBDK di sini, petang ini.
Aktivis itu turut mempersoalkan peranan kerajaan pusat dalam menyelaras tindakan lebih 150 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara berhubung pengurusan haiwan terbiar.
Shashi berkata kerajaan sepatutnya menyediakan dasar yang lebih jelas serta memperkukuh kerjasama dengan NGO bagi menangani isu pembiakan anjing dan kucing terbiar secara lebih sistematik.
Selain itu, beliau mendakwa pihaknya pernah menyerahkan cadangan kepada Perdana Menteri pada Julai tahun lalu, namun sehingga kini masih belum menerima sebarang keputusan.
"Kami ingin zahirkan rasa sangat kecewa. Kita dah bagi cadangan kepada Perdana Menteri, tetapi sehingga kini tidak ada sebarang maklum balas," katanya.
Beliau turut menggesa kerajaan memperuntukkan dana yang lebih berkesan kepada NGO yang terlibat dalam usaha menguruskan populasi haiwan terbiar di negara ini.
Berita berkaitan
August 10, 2026, 9:03 pm
Rafizi dakwa kerajaan Madani belum lunaskan komitmen RM12.5 bilion kepada Tabung Haji
August 10, 2026, 8:36 pm
Wong Chen letak jawatan ahli parlimen, PRK Subang bakal menyusul
August 10, 2026, 4:13 pm
JPN sahkan anak lelaki warga Bangladesh layak miliki MyKad
August 10, 2026, 3:54 pm
Myanmar sedia bawa pulang 5,000 pelarian menggunakan kapal - Tok Mat
August 10, 2026, 3:01 pm
Rafizi dakwa Kerajaan Madani gagal bayar penuh komitmen pulihkan Tabung Haji
August 10, 2026, 2:53 pm
Polis serbu penempatan warga asing buru suspek rogol wanita OKU
August 10, 2026, 2:49 pm
Polis tumpaskan sindiket culik warga asing, dua suspek ditembak mati
August 10, 2026, 2:44 pm
Jangan biarkan kelompok ekstremis rosakkan perpaduan - Kor Ming
August 10, 2026, 1:17 pm
