Berita Berita
Guru wanita ditemui meninggal dunia dalam tandas sekolah ketika waktu mengajar
KUCHING 5 Ogos - Seorang guru wanita ditemukan meninggal dunia di dalam tandas guru perempuan di sebuah sekolah menengah di Bau pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide A. Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 8.53 pagi sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa, Wong Lee Choo, 54, yang merupakan guru mata pelajaran Sains dan Biologi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bau sejak 25 tahun lalu, ditemukan dalam keadaan terlentang dan tidak sedarkan diri di atas lantai tandas guru perempuan.
Beliau berkata, berdasarkan keterangan rakan setugas, kali terakhir mangsa dilihat adalah kira-kira jam 8.15 pagi di bilik guru sebelum memaklumkan ingin ke tandas.
"Kira-kira 20 minit kemudian, seorang guru lain memaklumkan mangsa masih belum hadir ke kelas untuk sesi pengajaran, menyebabkan rakan setugasnya pergi mencarinya di tandas guru wanita.
"Sebaik pintu tandas dibuka, mangsa ditemukan dalam keadaan terlentang dan tidak sedarkan diri, sebelum talian kecemasan dihubungi bagi mendapatkan bantuan perubatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Mohd Haide berkata, pegawai perubatan dari Hospital Bau mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi pada jam 9.08 pagi.
Beliau berkata, pemeriksaan awal polis tidak menemukan sebarang kecederaan mencurigakan atau unsur jenayah pada tubuh mangsa.
Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Bau untuk dibedah siasat, manakala kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat.
Berita berkaitan
August 10, 2026, 9:03 pm
Rafizi dakwa kerajaan Madani belum lunaskan komitmen RM12.5 bilion kepada Tabung Haji
August 10, 2026, 8:36 pm
Wong Chen letak jawatan ahli parlimen, PRK Subang bakal menyusul
August 10, 2026, 4:13 pm
JPN sahkan anak lelaki warga Bangladesh layak miliki MyKad
August 10, 2026, 3:54 pm
Myanmar sedia bawa pulang 5,000 pelarian menggunakan kapal - Tok Mat
August 10, 2026, 3:01 pm
Rafizi dakwa Kerajaan Madani gagal bayar penuh komitmen pulihkan Tabung Haji
August 10, 2026, 2:53 pm
Polis serbu penempatan warga asing buru suspek rogol wanita OKU
August 10, 2026, 2:49 pm
Polis tumpaskan sindiket culik warga asing, dua suspek ditembak mati
August 10, 2026, 2:44 pm
Jangan biarkan kelompok ekstremis rosakkan perpaduan - Kor Ming
August 10, 2026, 1:17 pm
