Berita Sukan
'Kalau kena patah kaki', 'ex' Sri Pahang dikecam terjah kaki pemain lawan walau main liga veteran
KUALA LUMPUR 7 OGOS - Seorang pengguna media sosial mengecam tindakan bekas pemain bola sepak profesional, Saifulnizam Miswan selepas terjahan berbahaya yang dilakukannya.
Menurut Lokmal Culut di media sosial, perlawanan itu hanyalah aksi liga veteran dan bukan pertandingan profesional.
"Fuh, itu kalau kena mahu duduk hospital satu bulan, kita ini dah berumur main liga veteran sahaja, santai-santai bukannya nak patahkan kaki orang," katanya.
Menerusi perkongsian video itu, Saifulnizam atau lebih dikenali sebagai Poyeng berlari menuju ke arah pihak lawan sebelum melakukan terjahan keras.
Tidak selesai disitu, Poyeng bangun dan mengatakan sesuatu kepada pemain itu sambil kelihatan tidak berpuas hati akan insiden tersebut.
Menelusuri ruangan komen, rata-rata pengguna lain mengecam terjahan keras yang dilakukan bekas pemain Sri Pahang itu.
"Sebab itu jangan tanya kenapa pasukan biasa tak nak lawan liga. Beriya sangat macam menang dapat pergi Piala Dunia," kata Fahminari90.
"Benda mudah, salah 'tackle' kaki orang minta maaf semula, ini lagi 'provoke' banyak cakap," ujar Acaploveskittles.
"Bekas pemain Pahang, Poyeng, dia memang baran," jelas Hfizx.
Untuk rekod, Poyeng pernah mewakili beberapa pasukan di Liga Malaysia antaranya Johor FC, ATM, Pahang dan Kuala Lumpur.
Berita berkaitan
September 14, 2026, 9:27 am
Tak berhenti walau dah tercicir, atlet wanita buang air besar dalam seluar masa Hyrox
September 9, 2026, 12:27 pm
Basikal atlet 'ironman' Malaysia hilang, kali terakhir nampak di KLIA
September 9, 2026, 10:20 am
Piala FA: JDT ledak 10 gol tendang UM-Damansara keluar saingan
September 9, 2026, 10:14 am
Piala FA: Bumi Perlis saksi Star City mara ke suku akhir
September 9, 2026, 10:11 am
Piala FA: Gol jarak jauh bantu Kelantan City singkir Negeri Sembilan di Paroi
September 9, 2026, 9:57 am
Piala FA: Kuching City belasah KRW, mara ke suku akhir
September 7, 2026, 11:25 am
Selangor bangkit kutip 3 mata ke atas Melaka sebelum wisel penamat ditiupkan
September 7, 2026, 9:49 am
Tunku Mahkota Ismail dinobat Pemain Terbaik JSCPT 2026
September 6, 2026, 9:42 am
Kuching City leburkan rekod tanpa kalah Sabah
September 6, 2026, 9:36 am
