Berita Sukan
Bapa Lionel Messi, Jorge Horacio Messi meninggal dunia pada usia 68 tahun
BERLIN, 9 Ogos — Dunia bola sepak diselimuti duka selepas Jorge Horacio Messi, bapa kepada legenda bola sepak Argentina, Lionel Messi, dilaporkan meninggal dunia pada usia 68 tahun malam Jumaat lalu akibat masalah kesihatan yang dialaminya sejak sekian lama.
Berita pemergian mendiang disahkan oleh Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) menerusi satu hantaran rasmi di platform X, selain turut dilaporkan oleh kelab zaman kanak-kanak Messi, Newell’s Old Boys serta media utama Argentina seperti Ole dan Clarin.
"Dengan penuh kesedihan dan dukacita, Newell's Old Boys mengucapkan selamat tinggal kepada Jorge Messi, yang meninggal dunia pada usia 68 tahun di bandar Rosario.
"Mendiang sentiasa berada di sisi Lionel dan kepimpinannya di sebalik tabir amat penting dalam menyokong setiap langkah anaknya," menurut kenyataan rasmi kelab berkenaan.
Sebelum ini, status kesihatan mendiang Jorge pernah menarik perhatian sewaktu kempen Piala Dunia di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada apabila Lionel Messi kelihatan begitu emosi serta menitiskan air mata selepas menjaringkan gol menentang Algeria atas sebab peribadi.
Mendiang yang juga bertindak sebagai ejen serta tonggak utama di sebalik kejayaan luar biasa kerjaya Messi—termasuk perpindahannya ke akademi Barcelona pada awal 2000-an—meninggalkan seorang isteri, Celia Maria Cuccittini, empat orang anak serta beberapa cucu.
Berita berkaitan
September 14, 2026, 9:27 am
Tak berhenti walau dah tercicir, atlet wanita buang air besar dalam seluar masa Hyrox
September 9, 2026, 12:27 pm
Basikal atlet 'ironman' Malaysia hilang, kali terakhir nampak di KLIA
September 9, 2026, 10:20 am
Piala FA: JDT ledak 10 gol tendang UM-Damansara keluar saingan
September 9, 2026, 10:14 am
Piala FA: Bumi Perlis saksi Star City mara ke suku akhir
September 9, 2026, 10:11 am
Piala FA: Gol jarak jauh bantu Kelantan City singkir Negeri Sembilan di Paroi
September 9, 2026, 9:57 am
Piala FA: Kuching City belasah KRW, mara ke suku akhir
September 7, 2026, 11:25 am
Selangor bangkit kutip 3 mata ke atas Melaka sebelum wisel penamat ditiupkan
September 7, 2026, 9:49 am
Tunku Mahkota Ismail dinobat Pemain Terbaik JSCPT 2026
September 6, 2026, 9:42 am
Kuching City leburkan rekod tanpa kalah Sabah
September 6, 2026, 9:36 am
