Berita Jenayah
Lelaki Pakistan guna logo Imigresen pada kenderaan ditahan dalam 24 jam
KUALA LUMPUR, 10 Ogos — Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan seorang lelaki warga Pakistan yang dipercayai menggunakan logo rasmi jabatan dan lampu mata arah pada sebuah kenderaan dalam tempoh kurang 24 jam selepas video berhubung kejadian itu tular di media sosial.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, suspek ditahan menerusi Operasi Khas yang dijalankan di sebuah kondominium di Setapak dan lokasi di Jalan Kuching, Kuala Lumpur oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.
"Pemeriksaan lanjut di premis di Setapak turut membawa kepada penahanan seorang wanita warga Indonesia yang tinggal lebih masa, serta penemuan dua pasport milik warga Indonesia dalam simpanan lelaki warga Pakistan terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Zakaria, pasukan operasi seterusnya mengesan kenderaan Toyota Hilux yang dipaparkan dalam video berkenaan di sebuah premis cuci kenderaan di Jalan Kuching.
Ekoran daripada itu, JIM menahan pemilik sebenar kenderaan yang juga warga Pakistan bersama lapan pekerja warga asing—terdiri daripada empat lelaki Bangladesh, tiga lelaki Pakistan, dan seorang lelaki India—yang bekerja di premis berkenaan.
Siasatan awal mendapati video tular tersebut sebenarnya dirakam pada April 2025 dan baru dimuat naik ke status WhatsApp oleh isteri suspek ketika berada di Indonesia pada 7 Ogos lalu.
"Pemilik kenderaan mengakukan memasang logo JIM dan lampu mata arah untuk kegunaan peribadi serta mendakwa tidak mengetahui ia satu kesalahan undang-undang, selain mendakwa barang berkenaan telah dibuang sebelum video itu tular," katanya sambil menegaskan bahawa JIM tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan menjejaskan imej dan integriti jabatan.
Kesemua individu yang ditahan kini disiasat di bawah Akta Pasport 1966 dan Akta Imigresen 1959/63.
Berita berkaitan
September 14, 2026, 5:13 pm
Wanita Malaysia ditahan di Hong Kong cuba seludup putik ganja bernilai RM830,000
September 9, 2026, 6:25 pm
Polis tahan lima individu termasuk bekas pengerusi Tabung Haji bantu siasatan
September 8, 2026, 1:40 pm
Lelaki gagal bayar along dipaksa simbah cat dan bakar rumah mangsa lain
September 7, 2026, 1:40 pm
Dua lelaki ditahan polis selepas ragut rantai emas warga emas di Arau
September 7, 2026, 11:13 am
Mat rempit lari tinggal motosikal lepas dikepung polis di Putrajaya
September 6, 2026, 9:54 pm
Polis buru lelaki warga asing selepas syabu dijumpai dalam kereta
September 6, 2026, 9:17 am
Polis Pahang buka siasatan kanak-kanak perempuan dilayan kasar di taska
September 5, 2026, 2:53 pm
Vape disyaki kandungi dadah ‘Piu Piu’ RM160,000 dirampas di Batu Pahat
September 5, 2026, 2:45 pm
Tukang urut wanita maut terjatuh ketika elak pemeriksaan
September 5, 2026, 12:48 pm
