Berita Berita
Polis serbu penempatan warga asing buru suspek rogol wanita OKU
CHUKAI, 10 Ogos — Polis menyerbu sebuah penempatan warga asing di Bakau Tinggi, di sini, menerusi operasi khas bermula jam 12.01 tengah malam hingga 6 pagi tadi bagi memburu suspek kes rogol membabitkan seorang wanita berstatus Orang Kurang Upaya (OKU).
Operasi bersepadu berkenaan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, seramai 33 individu telah diperiksa dalam siri serbuan itu merangkumi enam warga tempatan dan 27 warga asing.
"Daripada jumlah itu, dua lelaki warga asing ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Khairi turut mengingatkan orang ramai supaya menyerahkan sepenuhnya tindakan kepada pihak berkuasa dan tidak mengambil tindakan sendiri terhadap mana-mana warga asing kerana ia boleh mengganggu siasatan serta ketenteraman awam.
Beliau juga memohon masyarakat agar menggunakan media sosial secara berhemah serta mengelakkan penyebaran sebarang spekulasi yang belum disahkan.
"Sebarang penyalahgunaan media sosial boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya," jelas beliau sambil menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes tersebut untuk tampil membantu siasatan.
Berita berkaitan
September 15, 2026, 4:01 pm
CCTV disambung terus ke IPK KL, polis cadang KK Mart jadi ‘stesen satelit’ 24 jam
September 15, 2026, 3:41 pm
Kes Jana Wibawa: Pendakwaan tak teruskan kes, Muhyiddin bebas empat pertuduhan RM200 juta
September 15, 2026, 1:47 pm
Empat Rohingya ditahan, disyaki terbabit kes curi dan pecah rumah di Perak
September 15, 2026, 1:33 pm
KPM galak ibu bapa bawa anak jalani saringan awal kesan masalah pembelajaran
September 15, 2026, 1:32 pm
Tiga hari penuh manfaat, Festival Mega i LINDUNG u menanti pengunjung di Strand Mall bermula 18 September
September 15, 2026, 1:17 pm
Mohamad Sabu hantar notis tuntutan kepada pemilik akaun Facebook isu bekalan baja Kedah
September 15, 2026, 1:11 pm
JAIM siasat klip video tular pasangan berpelukan mesra di kedai makan Malim Jaya
September 15, 2026, 1:10 pm
