Berita Jenayah
Dakwaan curi sarung pasport: Polis ambil keterangan pegawai imigresen, wanita
KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Polis telah merekodkan keterangan daripada beberapa pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung isu dakwaan kecurian sarung pasport di Pejabat Imigresen UTC Pudu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nuzulan Mohd Din berkata, keterangan pegawai imigresen dirakam pada 23 Ogos lalu, manakala kenyataan wanita terbabit diambil pada hari berikutnya.
"Polis turut meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dikemukakan oleh Jabatan Imigresen menerusi laporan polis yang dibuat pihak mereka.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Siasatan berkenaan susulan hantaran tular seorang wanita yang mendakwa dirinya ditengking dan dituduh mencuri oleh pegawai imigresen selepas terambil sarung pasport secara tidak sengaja pada 21 Ogos lalu.
Walau bagaimanapun, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban memaklumkan bahawa semakan mendalam menerusi rakaman CCTV dan keterangan petugas di lokasi mendapati beberapa dakwaan yang ditularkan wanita berkenaan adalah tidak tepat serta tidak selari dengan hasil dapatan rasmi jabatan.
Berita berkaitan
September 14, 2026, 5:13 pm
Wanita Malaysia ditahan di Hong Kong cuba seludup putik ganja bernilai RM830,000
September 9, 2026, 6:25 pm
Polis tahan lima individu termasuk bekas pengerusi Tabung Haji bantu siasatan
September 8, 2026, 1:40 pm
Lelaki gagal bayar along dipaksa simbah cat dan bakar rumah mangsa lain
September 7, 2026, 1:40 pm
Dua lelaki ditahan polis selepas ragut rantai emas warga emas di Arau
September 7, 2026, 11:13 am
Mat rempit lari tinggal motosikal lepas dikepung polis di Putrajaya
September 6, 2026, 9:54 pm
Polis buru lelaki warga asing selepas syabu dijumpai dalam kereta
September 6, 2026, 9:17 am
Polis Pahang buka siasatan kanak-kanak perempuan dilayan kasar di taska
September 5, 2026, 2:53 pm
Vape disyaki kandungi dadah ‘Piu Piu’ RM160,000 dirampas di Batu Pahat
September 5, 2026, 2:45 pm
Tukang urut wanita maut terjatuh ketika elak pemeriksaan
September 5, 2026, 12:48 pm
