Berita Jenayah
Polis buru kumpulan lelaki bakar mercun atas jalan semasa perarakan kematian di Shah Alam
SHAH ALAM, 26 Ogos – Pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut serta mengesan sekumpulan lelaki yang disyaki terlibat dalam tindakan membakar mercun di atas persimpangan jalan berhampiran Jalan Hamzah, Seksyen U14, berikutan penularan rakaman video kejadian berkenaan di media sosial.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Assistant Commissioner Sarudin Hj Samah berkata, laporan polis berhubung insiden itu dibuat oleh Ketua Polis Balai Bukit Jelutong hari ini susulan pemantauan terhadap hantaran video oleh seorang pemilik akaun di aplikasi Threads.
"Berdasarkan hasil siasatan awal, kejadian berkenaan disyaki berlaku pada 25 Ogos kira-kira jam 4.22 petang, ketika sekumpulan individu sedang mengiringi satu perarakan kematian menuju ke Tapak Perkuburan Bliss Garden, Setia Alam," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau menjelaskan bahawa tindakan membakar bahan letupan di atas jalan raya awam bukan sahaja membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain, malah menyalahi peruntukan undang-undang yang ditetapkan.
"Usaha sedang giat dijalankan bagi mengesan kesemua suspek yang terlibat dalam aktiviti tersebut serta memanggil saksi-saksi yang berada di lokasi kejadian untuk membantu siasatan.
"Kes kini disiasat di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957. Jika sabit kesalahan, pelaku boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000, atau kedua-duanya sekali," katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa mana-mana pihak atau individu yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian berkenaan supaya tampil membantu polis dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Mohd Razi Sahari di talian 019-5717076 atau hadir ke mana-mana balai polis berdekatan.
Berita berkaitan
September 14, 2026, 5:13 pm
Wanita Malaysia ditahan di Hong Kong cuba seludup putik ganja bernilai RM830,000
September 9, 2026, 6:25 pm
Polis tahan lima individu termasuk bekas pengerusi Tabung Haji bantu siasatan
September 8, 2026, 1:40 pm
Lelaki gagal bayar along dipaksa simbah cat dan bakar rumah mangsa lain
September 7, 2026, 1:40 pm
Dua lelaki ditahan polis selepas ragut rantai emas warga emas di Arau
September 7, 2026, 11:13 am
Mat rempit lari tinggal motosikal lepas dikepung polis di Putrajaya
September 6, 2026, 9:54 pm
Polis buru lelaki warga asing selepas syabu dijumpai dalam kereta
September 6, 2026, 9:17 am
Polis Pahang buka siasatan kanak-kanak perempuan dilayan kasar di taska
September 5, 2026, 2:53 pm
Vape disyaki kandungi dadah ‘Piu Piu’ RM160,000 dirampas di Batu Pahat
September 5, 2026, 2:45 pm
Tukang urut wanita maut terjatuh ketika elak pemeriksaan
September 5, 2026, 12:48 pm
