Berita Jenayah
Lelaki maut dipukul kayu selepas dituduh mencuri, empat suspek ditahan
KULIM, 26 Ogos – Siasatan polis mendapati punca pembunuhan seorang lelaki yang mayatnya ditemui di ladang kelapa sawit Kampung Sungai Division, Sungai Petani Ahad lalu adalah berpunca daripada pergaduhan selepas mangsa dituduh mencuri barangan salah seorang suspek.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, hasil keputusan bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar mengesahkan kematian mangsa disebabkan kecederaan daya objek tumpul di bahagian belakang kepala.
Susulan kejadian itu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda telah menahan empat lelaki tempatan berusia antara 26 hingga 37 tahun pada Isnin serta merampas sebatang kayu panjang yang dipercayai digunakan sebagai senjata.
"Hasil siasatan awal mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah serta lampau berkaitan dadah. Mereka kini direman selama tujuh hari sehingga 31 Ogos ini untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam sidang media di IPD Kulim, hari ini.
Berita berkaitan
September 14, 2026, 5:13 pm
Wanita Malaysia ditahan di Hong Kong cuba seludup putik ganja bernilai RM830,000
September 9, 2026, 6:25 pm
Polis tahan lima individu termasuk bekas pengerusi Tabung Haji bantu siasatan
September 8, 2026, 1:40 pm
Lelaki gagal bayar along dipaksa simbah cat dan bakar rumah mangsa lain
September 7, 2026, 1:40 pm
Dua lelaki ditahan polis selepas ragut rantai emas warga emas di Arau
September 7, 2026, 11:13 am
Mat rempit lari tinggal motosikal lepas dikepung polis di Putrajaya
September 6, 2026, 9:54 pm
Polis buru lelaki warga asing selepas syabu dijumpai dalam kereta
September 6, 2026, 9:17 am
Polis Pahang buka siasatan kanak-kanak perempuan dilayan kasar di taska
September 5, 2026, 2:53 pm
Vape disyaki kandungi dadah ‘Piu Piu’ RM160,000 dirampas di Batu Pahat
September 5, 2026, 2:45 pm
Tukang urut wanita maut terjatuh ketika elak pemeriksaan
September 5, 2026, 12:48 pm
